MCO dilanjutkan hingga 9 Jun – Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan MCO/Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Beliau berkata ia ini bermakna semua prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di bawah MCO akan berkuat kuasa sehingga tarikh berkenaan katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Muhyiddin menegaskan, keputusan melanjutkan PKPB atas nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu, perjalanan rentas negeri bagi tujuan balik kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan sama sekali.

“Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan membabitkan pergerakan orang ramai iaitu Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari mengenai larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuat kuasa dalam tempoh ini.

“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Walaupun Malaysia sudah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID-19, Perdana Menteri menegaskan, usaha itu belum berjaya sepenuhnya.

“Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga, saya dapati rata-rata rakyat mahu kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” katanya.

J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Undian “no-vote” terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di luluskan

Read Next

Keputusan Awal untuk Meninggalkan Pakatan diketahui oleh BERSATU – Mahathir

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x