The Malaysia Post

Matthew Davies sertai JDT

Pertahanan kanan, Matthew Davies secara rasminya diumumkan menyertai pasukan juara Liga Super enam kali, Johor Darul Ta’zim (JDT). 

Pemain kacukan Australia-Malaysia itu diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad Harimau Selatan oleh dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh pengurus pasukan, Luciano Figueroa dan ketua jurulatih, Benjamin Mora di Ibu Pejabat JDT, pada semalam.

Reputasinya sebagai pemain pertahanan kanan terbaik negara menjadi sebab khidmatnya diikat oleh JDT selain daripada untuk mengatasi isu kecederaan yang sedang melanda Azrif Nasrulhaq. T

Dia dijangka menjadi taruhan utama Mora ketika pertemuan pembuka tirai saingan CIMB Piala Sumbangsih 2020 dan CIMB Liga Super Malaysia 2020 menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, pada 28hb Februari kelak. 

Untuk rekod, Davies berhijrah menyertai skuad Tok Gajah daripada pasukan Perth Glory pada tahun 2015.

Sepanjang lima musim bersama Pahang, Matthew Davies telah meraih kejuaraan Piala FA 2018 serta merangkul dua anugerah individu iaitu Pemain Muda Terbaik 2015 dan Pertahanan Terbaik 2017.


About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Telefon pintar terunggul Samsung Galaxy S20 punyai 5G dan kamera intensif

Read Next

Bayi 9bulan ditemui mati dalam kereta

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.