The Malaysia Post

Malindo Air sedia potong 50% gaji staff berikutan koronavirus

Kehadiran wabak koronavirus jelas memberi kesan yang besar buat beberapa industri di dunia khususnya bidang penerbangan dan pelancongan.

Susulan wabak ini yang semakin serius dan berlarutan, Malindo Air pada hari ini telah mengarahkan kakitangan mereka untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 2 minggu selain daripada memotong gaji sebanyak 50%.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Mushafiz Mustafa Bakri dalam memo berkenaan berkata, pengurusan syarikat itu melaksanakan beberapa langkah untuk menghadapi kekurangan pendapatan termasuk menggantung penerbangan.

Langkah lain yang diambil ialah merayu kepada pembekal menangguhkan pembayaran dan meminta kakitangan mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.

“Dengan hati yang berat, tanpa banyak lagi pilihan kukuh, kami kini tiada pilihan selain meminta anda mengambil potongan hingga 50 peratus daripada gaji asas anda untuk beberapa bulan akan datang sehingga keadaan kembali normal,” kata Mushafiz.

Dalam masa sama, pekerja-pekerja syarikat penerbangan itu juga diminta mengurangkan jumlah hari bekerja mereka sehingga 15 hari sebulan.

Sementara itu, Malindo Air yang juga anak syarikat Lion Air Indonesia di Malaysia tidak memberi maklum balas berhubung perkara itu. Pihak mereka juga turut memaklumkan potongan gaji sehingga 50% terpaksa dilakukan buat beberapa bulan sehingga keadaan kembali normal.

Berdasarkan keputusan yang dibuat syarikat penerbangan ini, Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang melaksanakan potongan gaji para pekerja berikutan wabak koronavirus.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Pengajaran yang amat bermakna buat Pakatan Harapan

Read Next

Runtuhan hotel di China, 70 mangsa kuarantin COVID-19 terperangkap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.