The Malaysia Post

Ledakan Gol Pertama Buat Njardvik, Luqman Anggap Hadiah Sempena Aidilfitri

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, berjaya mencatat nama dirinya sebagai penjaring di Piala Iceland malam tadi, dan hasil jaringan itu merupakan hadiah bermakna buat dirinya menjelang Hari Raya Aidilfitri esok.

Dalam perlawanan pada pusingan 32 Piala Iceland, Luqman akhirnya berjaya untuk meletakkan namanya sebagai penjaring apabila dia telah menjaringkan gol pertamanya bersama Njardvik FC untuk membantu pasukan itu membelasah KFA 4-1 dengan sangat bergaya.

Berjaya Ledak Gol Pertama

Selepas beberapa kali berjaya menjaringkan gol dalam aksi persahabatan yang telah dianjurkan sebelum ini, bekas pelatih dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu akhirnya berjaya mencipta gol pertamanya dalam aksi yang sangat kompetitif bersama-sama pasukan baharunya itu.

Baca lagi | 4 Salon Kecantikan di Malaysia dengan Teknologi Mikrodermabrasi

Dalam aksi pusingan ketiga Piala Iceland, Luqman menjaringkan gol keempat bagi Njardvik pada hujung babak yang kedua, di mana jaringan yang dilakukannya itu telah berjaya membolehkan pasukan di bawah bimbingan Bjarni Johannsson dan Holmar Orn Runarsson itu meraih kemenangan bergaya dengan skor jaringan 4-1.

Hasil kemenangan itu juga telah pun melayakkan pasukan mereka untuk ke pusingan yang seterusnya.

Walaupun dia dimasukkan hanya sebagai pemain gantian, tetapi Luqman dilihat tidak kekok dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat mengikut rentak permainan rakan pasukannya itu sebelum dia akhirnya menjaringkan gol pada waktu kecederaan dalam aksi tersebut.

Ikat Kontrak Perjanjian 5 Tahun

Sebagai rekod, Luqman Hakim, 21, telah pun menandatangani kontrak perjanjian selama lima tahun bersama pasukan Kortrijk pada 20 September 2019 yang lalu dan sepanjang bersama dengan pasukan tersebut dia telah pun berjaya membuat dua aksi penampilan bersama dengan skuad senior pasukan itu.

Luqman kemudiannya membuat keputusan untuk menyertai kelab liga divisyen dua Iceland, Njardvik, pada awal Februari yang lalu bagi tujuan untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan di peringkat senior.

Baca lagi | Aidilfitri Kukuhkan Kesepaduan UMNO – Johari

Pada aksi pramusim menentang Haukar FC pada bulan lalu, Luqman juga telah berjaya menjaringkan sebanyak dua gol jaringan selepas turut disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukannya itu.

Jaringan yang dilakukannya itu menunjukkan kemampuannya sebagai penyerang yang cekap dan berpotensi untuk membawa kejayaan kepada pasukan yang dia sertai.

Read Previous

4 Salon Kecantikan di Malaysia dengan Teknologi Mikrodermabrasi

Read Next

“Terima semua Qada dan Qadar, jangan berdendam” – Syamsul Yusof

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.