The Malaysia Post

Lebih 850 juta pelajar di seluruh dunia tidak ke sekolah ekoran COVID-19

Lebih dari 850 juta kanak-kanak atau separuh dari populasi pelajar dunia, tidak dibenarkan dari pergi ke sekolah atau universiti ekoran pandemik koronavirus (COVID-19), seperti dilaporkan UNESCO hari ini.

Menggelarnya sebagai ‘cabaran yang tidak pernah dialami’, UNESCO berkata sekolah-sekolah telah ditutup di 102 buah negara, 11 lagi ditutup separuh – manakala banyak lagi penutupan akan dilakukan.

“Lebih dari 850 juta orang kanak-kanak dan remaja, iaitu kira-kira separuh daripada populasi pelajar dunia – terpaksa tidak hadir ke sekolah dan universiti,” pertubuhan pendidikan PBB berkata dalam kenyataan.

“Ini menunjukkan lebih daripada separuh dalam tempoh empat hari angka penuntut dilarang dari hadir ke institusi-institusi pendidikan,” tambahnya, menyebutkan angka dari tarikh kelmarin.

“Skala dan kecepatan sekolah-sekolah dan universiti ditutup menunjukkan cabaran yang tidak pernah berlaku untuk sektor pendidikan,” ujarnya lagi.

UNESCO berkata negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menawarkan pembelajaran menerusi video secara langsung dan menggunakan penyelesaian teknologi lain. Di beberapa buah negara, turut menawarkan kelas melalui televisyen dan radio.

Pertubuhan tersebut berkata mereka mengadakan perjumpaan melalui dalam talian dengan kerap bersama dengan menteri-menteri pendidikan di seluruh dunia untuk mencari penyelesaian terbaik dan menyatakan keutamaan.

“Dengan situasi sekarang memberi cabaran hebat untuk negara-negara untuk menyediakan pembelajaran tanpa gangguan untuk semua kanak-kanak dan remaja mengikut cara yang saksama,” dia berkata. 

Arahan penutupan pusat pendidikan menyebabkan ramai pelajar balik kampung

Di Malaysia, arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan selama dua minggu, bermula 18 Mac hingga 31 Mac menyebabkan semua taska, sekolah, dan universiti turut ditutup sebagai langkah pencegahan penularan koronavirus.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

WHO: Ujian klinikal vaksin pertama novel koronavirus bermula

Read Next

Turki nafi negara dalam kecemasan di saat penularan wabak, data dedahkan sebaliknya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.