The Malaysia Post

Konsert Coldplay Malaysia: Perlu Hormat Dan Tidak Kibarkan Bendera LGBT – Caprice

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, memberikan pandangannya mengenai penganjuran konsert Coldplay yang dijadualkan pada bulan November ini di mana beliau menggalakkan kumpulan popular tersebut untuk menghormati negara.

Caprice, atau nama penuhnya Ariz Ramli, 34 tahun, menyatakan bahawa kehadiran Coldplay tidak akan menjadi isu besar selagi mereka tidak memberikan sokongan penuh kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) semasa konsert mereka.

Baca lagi | Tindakan tegas kerajaan memerangi LGBT – Nga Kor Ming

Semua Akan Baik Jika Ada Rasa Hormat

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, beliau berkata, “Bagi saya, tidak ada masalah jika Coldplay ingin mengadakan konsert di Kuala Lumpur selagi mereka menghormati budaya kita. Selagi mereka tidak mengibarkan bendera pelangi (LGBT), insya-Allah segala-galanya akan berjalan lancar.”

Selain memberikan pandangannya mengenai konsert Coldplay, Caprice juga mengharapkan agar acara-acara keagamaan diberi lebih penekanan.

Beliau juga berharap agar acara-acara keagamaan di negara ini diperbanyakkan, termasuklah isu tauliah bagi golongan agamawan.

Dengan cara itu, acara hiburan dan agama dapat berjalan seiring dan tidak akan ada masalah lain yang akan timbul.

Caprice mengecam kecaman beberapa pihak terhadap kehadiran Coldplay yang diketahui menyokong LGBT, dan beliau meminta orang ramai untuk mempertimbangkan semula pihak yang telah meluluskan konsert-konsert penyanyi antarabangsa sebelum ini.

Menurutnya lagi, jika semua orang mengatakan kerajaan sekarang dan yang dahulu tidak berguna, jadi siapakah yang kita ingin menjadi pemerintah Malaysia dan adakah kita semua mahu Ayah Pin yang merupakan pengasas ajaran sesat dijadikan sebagai kerajaan baharu.

Baca lagi | Peguam Saman RM1 Juta Kerana “hilang tempat duduk” Di Konsert BlackPink

Batalkan Semua Konsert Jika Benar Ingin Selamatkan Umat Islam

Caprice juga tegaskan bahawa jika kita ingin menyelamatkan umat Islam, konsert tidak seharusnya diadakan sama sekali.

Selain itu, semua pihak perlu membanteras dadah, gangsterisme, buli, judi, dan rasuah jika benar-benar ingin menyelamatkan umat Islam.

Menurutnya semua taikun perlu dilawan dan membersihkan mana-mana individu yang terlibat dalam gejala rasuah. Namun soalnya sekarang adakah semua orang berani melakukannya!

Penganjuran konsert Coldplay di Malaysia pada bulan November mendatang telah menjadi perdebatan dan menimbulkan keresahan serta kerisauan di kalangan pelbagai pihak, termasuklah golongan pendakwah bebas dan ahli agama.

Mereka berpendapat bahawa Coldplay bakal membawa pengaruh negatif kepada masyarakat negara ini kerana kumpulan tersebut dikatakan menyokong budaya LGBT yang bertentangan dengan norma masyarakat serta agama.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Keputusan Leicester City vs Liverpool: The Reds Menang Dengan Jaringan Gol 3-0

Read Next

Gabungan Dengan Perikatan Nasional, Pejuang Akan Mohon Semula

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.