The Malaysia Post

Komuniti Cina di Malaysia sambut perayaan Qing Ming di rumah, akur Perintah Kawalan Pergerakan

Komuniti Cina di Malaysia dan juga persatuan keagamaan serta akar umbinya telah diseru oleh kerajaan untuk meraikan perayaan Qing Ming pada tahun ini di rumah berhubung lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menulis di Facebook beliau, tradisi Cina melakukan ritual dan menghormati nenek moyang semasa Qing Ming adalah suatu perkara yang dihormati oleh semua anggota Kabinet.

Perayaan Qing Ming jatuh pada 4 April tahun ini dimana Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung. Semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berkurung di rumah bagi menghalang penyebaran COVID-19 dan memecahkan rangkaian jangkitan wabak tersebut.

“Walau apapun latar belakang kaum dan agama kita, kita mesti bersatu dan bekerjasama dengan kerajaan ketika waktu sukar dan kritikal ini dengan harapan akan bebas daripada pandemik ini,”tulis Wee.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan penutupan pusat membeli-belah, panggung wayang, taman, pusat ibadat dan tempat yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul. Hanya tempat yang menyediakan perkhidmatan yang berkeperluan sahaja dibenarkan untuk dibuka dengan para pekerja yang minimum.

Dalam satu kenyataan, Hua Zong berkata bahawa tanah perkuburan dan taman memorial dijangka akan ditutup sepanjang tempoh perintah dijalankan.

“Dalam situasi hidup dan mati ini, dan demi kepentingan negara dan masyarakat, kita orang Cina harus lebih menghargai kepentingan dan keperluan PKP dan memberikan kerjasama penuh dan mematuhinya,” menurut kenyataan itu.

“Kuburan nenek moyang dan orang yang tersayang akan sentiasa berada di situ dan kita boleh menjalankan kegiatan pembersihan makam setelah COVID-19 berakhir. Lebih baik lewat daripada tiada,” katanya lagi.

Berdasarkan tradisi Cina, pembersihan makam biasanya dilakukan pada hari sebelum dan selepas festival Qing Ming, yang jatuh pada 4 April 2020.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Isyarat 5G selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan

Read Next

Ratusan juta bunga dimusnahkan, permintaan berkurangan diganggu penularan wabak

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.