The Malaysia Post

Kasut mahal pemberian Sultan Johor, kata MB

Datuk Onn Hafiz Ghazi

Credits: thevibes

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan beliau telah membeli sepasang kasut bernilai puluhan ribu ringgit.

Dalam catatan di Facebook rasminya hari ini, beliau menjelaskan kasut itu adalah hadiah daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Tuduhan dan serangan seperti itu harus dihentikan. Untuk makluman, ini adalah pemberian Sultan Johor.

“Ini bukan perkara baharu, Seri Paduka juga telah mengurniakan ahli-ahli exco kerajaan negeri dan pegawai kerajaan negeri yang lalu untuk memotivasikan mereka bekerja keras untuk rakyat,” katanya dalam catatan itu.

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu berdasarkan posting yang dibuat oleh seorang individu di media sosial.

Baca Lagi | Kasut mahal pemberian Sultan Johor, kata MB

Individu itu mendakwa Onn Hafiz telah membeli sepasang kasut bernilai puluhan ribu ringgit yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. — Bernama

Read Previous

Bukan ‘khemah besar’ jika Anwar tiada dalam gambar, kata Khalid Samad

Read Next

Menteri: Undang-undang anti-lompat akan dibentangkan di Parlimen 18 Julai, dijangka diwartakan selewat-lewatnya Sept jika diluluskan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Langgani sekarang untuk mendapatkan artikel kami yang terkini, baru, hangat, dan semasa yang dihantar terus ke emel anda
170000 subscribers are here