The Malaysia Post

Janna Nick Kena Kecam Susulan Soalan Sensitif Terhadap Fattah Amin

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2025 – Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick, menjadi tumpuan warganet selepas tular satu rakaman temu bual bersama pelakon lelaki terkenal, Fattah Amin, yang didakwa mengandungi soalan bersifat sensitif dan tidak sesuai.

Temu bual tersebut yang dimuat naik di beberapa platform media sosial termasuk TikTok dan Instagram, memperlihatkan Janna mengajukan soalan yang menyentuh perasaan lelaki selepas melalui penceraian, dengan penggunaan frasa yang disifatkan tidak sopan oleh sesetengah pihak.

Kenyataan Berbaur Stereotaip Janna Nick Kepada Fattah Amin Undang Kecaman

Rakaman video berkenaan memaparkan Janna berkata:

“Lelaki ni bila dah berpisah dia rasa macam mana? Dia rasa gembira ke, rasa macam beban dah terlepas, tak perlu hadap ‘perempuan gila’ dah ke? Contoh, bukan bekas isteri kau, saya maksudkan situasi lelaki…”

Pernyataan tersebut segera menarik perhatian ramai, yang menyifatkan soalan itu terlalu beremosi, tidak sensitif dan boleh memberi gambaran buruk terhadap wanita, khususnya dalam konteks penceraian.

Reaksi Netizen: Tidak Wajar dan Podcast Janna Nick Kurang Beretika

Pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial telah memenuhi ruangan komen. Ramai yang melabelkan kenyataan itu sebagai tidak wajar, apatah lagi diutarakan kepada seseorang yang baru sahaja berdepan dengan keretakan rumah tangga.

Antara komen yang dilontarkan termasuk:

  • “Tak semua lelaki gembira selepas bercerai.”
  • “Tak patut guna perkataan ‘perempuan gila’ – ia seolah-olah menyalahkan wanita sepenuhnya.”
  • “Perlu lebih peka bila mengendalikan temu bual seperti ini.”

Fattah Amin Dipuji Atas Sikap Profesional

Walaupun kelihatan agak kurang selesa dengan soalan yang diberikan, Fattah Amin tetap menjawab dengan tenang dan penuh profesionalisme. Tindakannya itu dipuji ramai yang menyifatkan beliau sebagai matang dan bijak mengawal situasi.

Untuk pengetahuan, Fazura telah sah bercerai dengan Fattah Amin pada 7 Oktober 2024. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan sering menjadi perhatian peminat sepanjang perkahwinan mereka.

Insiden ini menjadi peringatan kepada pengacara dan wartawan hiburan untuk lebih berhati-hati dalam menyusun soalan, terutama berkaitan isu peribadi seperti penceraian. Perlu diingat, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan emosi dan perasaan selepas melalui fasa getir seperti perpisahan.

Janna Nick belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kontroversi ini setakat artikel ini diterbitkan.

Baca juga: 

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Skype Dah OFF Buat Selamanya!

Read Next

Kes Simbah Asid Faisal Halim Diklasifikasikan Tiada Tindakan Lanjut

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *