The Malaysia Post

Isteri Da’i Farhan didakwa di mahkamah, tipu urusan sijil halal & KKM bernilai lebih RM10k

Isteri kepada Da’i Farhan, iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Erin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita dalam urusan sijil halal dan KKM untuk produk jamu yang menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Bagaimanapun, Erin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia dan mohon untuk dibicarakan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018, bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju mendorong Norsiha Aala untuk menyerahkan wang berjumlah RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. Jika didapati bersalah, Erin boleh dijatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.

Peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik dalam rayuannya memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia 5 hingga 19 tahun.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Da’i Farhan yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai kes yang melibatkan isterinya itu.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Najib Razak: Kisah kebencian Tun Mahathir terhadap beliau

Read Next

Muhyiddin Yassin ambil takhta dari Mahathir

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.