Sekarang ini, walaupun teknologi semakin canggih, namun kebanyakan fresh grad masih belum tahu dan jelas mengenai format sebenar untuk buat resume bagi memohon sesuatu pekerjaan.
Oleh sebab, resume adalah sangat penting ketika ingin mohon kerja dan masih ramai yang belum tahu cara hasilkan resume terbaik, melalui perkongsian di bawah kami sertakan 14 tips resume terbaik untuk anda.
Tips Hasilkan Resume Terbaik
Berikut merupakan beberapa tips resume terbaik iaitu:
# 1. Gunakan Ayat Tidak Terlalu Panjang atau Pendek.
Untuk hasilkan resume terbaik, anda perlu elakkan ayat yang terlalu panjang atau terlalu pendek.
# 2. Tidak Serabut
Sangat penting untuk anda memastikan resume tidak terlalu serabut ataupun fancy.
Adalah lebih profesional sekiranya menggunakan warna hitam dan putih sahaja.
Namun, jika anda memohon kerja dalam bidang designer, gunakan kreativiti.
# 3. Tak Perlu Letak Gambar
Untuk gambar, sebenarnya kalau anda tak letak gambar pun tak jadi masalah.
Akan tetapi, kalau rasakan ia sedikit membantu, boleh letakkan.
Jangan lupa juga info-info penting seperti alamat, nama penuh, nombor telefon dan e-mel, masukkan selengkapnya.
# 4. Latar belakang pendidikan
Seterusnya, masukkan info mengenai latar belakang pendidikan anda.
Jangan terangkan secara panjang lebar pula, cukup info yang ringkas tetapi lengkap isinya!
# 5. Maklumkan
Untuk bahagian rujukan pula, anda perlu maklumkan kepada tuan empunya badan bahawa nama mereka terdapat dalam senarai rujukan.
Ini penting untuk elakkan mereka terkejut ketika dihubungi dan tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menjawab sebarang persoalan.
# 6. Tanya Pendapat
Jika anda tidak pernah atau belum mahir membuat resume, dinasihatkan agar dapatkan pendapat dari orang sekeliling yang berpengalaman mengenainya untuk elak sebarang kesalahan ketika membuat resume.
## 7. Penggunaan Bahasa
Untuk bahagian bahasa pula, masukkan bahasa apa yang anda mahir.
Jangan gunakan simbol bintang, nombor atau parameter kerana ia adalah subjektif.
Cara terbaik adalah basic/intermediate/advance.
# 8. Kelebihan dalam Kemahiran Teknikal
Selain pencapaian akademik, kelebihan dalam kemahiran teknikal juga adalah penting untuk dimasukkan dalam ruang resume.
Terangkan dengan cara sama seperti bahasa iaitu basic/intermediate/advance.
# 9. Softskills
Manakala untuk softkills pula, tak perlu nyatakan secara khusus.
Tunjukkan ia melalui penerangan di bahagian pencapaian kokurikulum sebagai salah satu cara berkesan untuk tonjolkan sifat “kepemimpinan”.
Baca lagi | Jemaah Mula Membanjiri Mekah, Madinah Tingkatkan Ibadah, Kejar Lailatul Qadar
# 10. Tentang Diri
Untuk bahagian pengenalan diri, anda tak perlu untuk describe panjang lebar.
Paling penting, sebelum mohon sesuatu jawatan, kaji dulu misi dan visi syarikat tersebut.
Kemudian, gabungkan apa yang syarikat nak dengan kemahiran dan kelebihan yang ada pada diri anda.
# 11. Pencapaian Akademik
Jika akademik anda pointer tidak memberangsangkan, elakkan dari letak markah CGPA dalam resume.
Ini untuk elakkan pihak syarikat terus hilang minat untuk ketahui tentang diri anda dengan lebih lanjut.
# 12. Pencapaian Kokurikulum
Untuk softkills tadi, selitkannya di bahagian ini untuk tonjolkan keupayaan anda dalam memimpin dan kerja berkumpulan serta kemahiran berkomunikasi. Sebagai contoh:
Penceramah di National Leaders Conference
– Memberi ucapan di hadapan 1000 orang pelajar dari semua universiti di Malaysia dengan ucapannya adalah mengenai “Apakah peranan para pemimpin pelajar dalam membantu membangunkan potensi belia”.
# 13. Resume Berwarna
Jika anda berminat untuk membuat resume yang colourful, boleh.
Cuma pastikan anda menggunakan maksimum 3 warna sahaja.
Sangat sesuai jika anda memohon jawatan designer.
Kalau bidang profesional, hitam dan putih adalah terbaik.
Baca lagi | Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai
# 14. Jangan Bazirkan Ruang
Dalam helaian resume, jangan bazirkan ruang yang terhad.
Hanya isikan dengan makluman yang lengkap, penting dan membantu anda mendapatkan jawatan.
Senang kan sebenarnya nak hasilkan resume terbaik? Jadi, mulai hari ini jadikan perkongsian di atas sebagai rujukan anda untuk hasilkan resume terbaik!