Skip to main content

The Malaysia Post

Hukum Pertandingan Memancing Haram Jika Yuran Penyertaan Diguna Beli Hadiah Pemenang – Jabatan Mufti Kedah

Bayangkan anda bayar yuran untuk masuk pertandingan memancing, kemudian berjaya membawa pulang hadiah ribuan ringgit. Memang seronok tetapi pernah tak anda fikir dari mana datangnya duit hadiah yang ditawarkan tersebut? Isu inilah yang perlu difahami apabila bercakap tentang hukum pertandingan memancing menurut penjelasan Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Bagi anda yang merupakan kaki pancing yang suka menyertai pertandingan, ada satu perkara penting yang jangan anda pandang ringan iaitu hukum pertandingan memancing. Kalaulah duit yang dikutip daripada semua peserta digunakan untuk membayar hadiah kepada pemenang, pertandingan itu boleh jatuh haram kerana mempunyai unsur perjudian.

Dipendekkan cerita, peserta yang keluarkan duit masing-masing, tetapi hanya orang yang menang je dapat ganjaran manakala peserta lain pula kehilangan wang yang mereka sudah bayar. Keadaan seperti ini boleh dianggap sebagai pertaruhan, sesuatu yang dilarang dalam Islam.

Bagaimanapun, bukan semua pertandingan berbayar mempunyai masalah yang sama seperti pertandingan memancing. Penganjur boleh je kenakan yuran yang berpatutan untuk membayar kos seperti sewa kolam, peralatan, parkir dan juga kemudahan peserta. Jadinya hadiah yang diberikan oleh penaja luar juga dibenarkan berdasarkan pandangan ulama yang mengharuskan kaedah tersebut.

Penjelasan ini berdasarkan fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah bertarikh 6 November 2023. Sebelum ini pun, banyak pertandingan di Kedah turut dilaporkan menawarkan hadiah sehingga RM1.1 juta.

Jadi, sebelum mendaftar, pastikan anda tahu bagaimana hadiah disediakan. Memahami hukum pertandingan memancing membantu kita menikmati hobi kegemaran tanpa mengabaikan tuntutan agama.

Semoga perkongsian mengenai hukum pertandingan memancing ini dapat membantu anda lebih jelas mengenainya!

SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Boleh ke tak masuk pertandingan memancing yang menawarkan hadiah wang tunai?

Boleh, selagi pertandingan itu tidak melibatkan perjudian atau perkara yang dilarang dalam Islam. Cara hadiah disediakan juga perlu diambil kira.

Baca Juga:  Nadech Kugimiya, Urassaya 'Yaya' Sperbund Bertunang

2. Kenapa duit yuran peserta tak boleh dijadikan hadiah pemenang?

Jika semua peserta membayar untuk merebut hadiah yang dikumpulkan daripada wang mereka sendiri, peserta yang kalah akan kehilangan wang tersebut. Keadaan ini boleh melibatkan unsur perjudian.

3. Kalau hadiah diberikan oleh penaja, boleh ke tak?

Berdasarkan pandangan ulama yang mengharuskannya, hadiah daripada penaja luar dibenarkan kerana wang itu bukan dikumpulkan daripada peserta sebagai taruhan.

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

300 Mall Baharu Di Merdeka 118 Akan Dibuka Pada 1 November Ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *