Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri, meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoalkan kehamilannya yang dikatakan terlalu rapat dengan kelahiran anak sebelumnya.
Rezeki Anak Tidak Boleh Ditolak – Fazeera Nazri
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazeera menegaskan bahawa memiliki anak adalah satu rezeki dari Allah yang tidak boleh ditolak. Baginya, setiap anak yang dilahirkan membawa rezeki tersendiri, bukan hanya dalam bentuk material, tetapi juga kebahagiaan dan kasih sayang.
Hantaran tersebut dibuat sebagai respon terhadap mesej yang diterimanya daripada seorang individu yang menasihatinya agar menjaga jarak kehamilan demi kesihatan. Dalam komen tersebut, dia mengatakan dirinya pernah mengandung jarak dekat dan ketika ingin bersalin telah berlaku kejadian tumpah darah sebab tidak menjaga penjarakan.
Baca lagi | Rossa Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Konsert Here I Am
Kehamilan Adalah Pilihan Peribadi – Isteri Fizo Omar
Bagi Fazeera, setiap pasangan berhak menentukan perjalanan keluarga mereka mengikut kesesuaian dan keinginan masing-masing. Keputusan untuk hamil atau tidak adalah perkara yang sangat peribadi dan tidak sepatutnya menjadi bahan campur tangan orang luar. Dalam sesetengah situasi, pertanyaan atau komen mengenai kehamilan boleh menimbulkan ketidakselesaan, terutamanya apabila ia datang dalam bentuk spekulasi atau tekanan sosial.
Fazeera menegur tindakan segelintir individu yang sering merendahkan atau mengkritik wanita lain, terutamanya dalam isu kehamilan dan keibuan. Beliau berpendapat bahawa setiap ibu mempunyai cabaran dan pengalaman yang berbeza, dan tidak wajar untuk membandingkan atau memberi komen negatif terhadap pilihan hidup orang lain.
Menurutnya, ada wanita yang berdepan dengan pelbagai kesukaran semasa kehamilan, tetapi itu tidak bermakna pengalaman tersebut akan sama bagi semua orang. Oleh itu, beliau menasihatkan agar tidak menyebarkan pandangan negatif atau membebankan wanita lain dengan tanggapan yang boleh menjejaskan keyakinan diri mereka.
Baca lagi | Ayda Jebat Juara The Masked Singer Malaysia 3
Perjalanan Rumah Tangga Fizo Omar dan Fazeera Nazri
Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan kini mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Pada Februari lalu, Fizo berkongsi berita gembira bahawa isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka.
Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim namun berpisah pada 10 Julai 2019. Melalui perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.