KUALA LUMPUR, 7 Jun 2025 – Setelah hampir lima bulan menanti, penyanyi dan pelakon popular tanah air, Nur Nabila Mohd Razali, akhirnya mendedahkan wajah dan nama putera sulungnya yang sebelum ini hanya dikenali sebagai “Baby M”.
Baby M Singkatan untuk Nik Muhammad – Nabila Razali Umum Nama & Foto Anak Sulung
Menerusi satu hantaran eksklusif di akaun Instagram rasmi miliknya, Nabila menyifatkan bahawa kini merupakan masa paling sesuai untuk memperkenalkan anak sulungnya kepada umum, setelah mempertimbangkan aspek privasi dan kesediaan keluarga kecilnya untuk berkongsi detik manis ini dengan para peminat dan masyarakat.
“Baby M pun sudah berumur lima bulan dan saya rasa sudah tiba masanya Bella perkenalkan anak saya, Nik Muhammad. Terima kasih buat semua, selalu doakan yang baik-baik untuk Baby M, moga yang indah-indah sahaja buat kalian,” tulis Nabila dalam kapsyen disertai foto eksklusif beliau bersama anak tersayang.
Majlis Akikah Anak Nabila Razali Nik Muhammad Diadakan Serentak dengan Sambutan Aidiladha di Kelantan
Dalam perkongsian sama, Nabila turut memaklumkan bahawa beliau bakal meraikan majlis akikah anaknya di Kota Bharu, Kelantan, bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.
“Salam Aidiladha buat semua. Moga pengorbanan dan amal ibadah kita menjadi bekalan yang diberkati dunia dan akhirat. Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan beraya di Kelantan. Buat semua sek kito (orang kita), jumpa kejap lagi di majlis akikah Baby M, okay. Semua yang hadir jangan lupa jaga SOP, kita seronok datang makan-makan sambil bergambar,” ujar beliau lagi.
Majlis tersebut turut dijangka menghimpunkan sanak saudara, kenalan terdekat serta para peminat setia pasangan selebriti ini yang mengikuti perkembangan mereka sejak awal perkahwinan.
Baca juga:
- SOP Ketat Majlis Akikah Baby M, Nabila Razali Mohon Tetamu Tidak Cium Anak
- Viral: Beli Mercedes G Wagon Untuk Anak 5 Tahun
Nik Muhammad Jadi Perhatian! Wajah Comel Anak Nabila Razali Buat Ramai Teruja
Perkongsian yang memaparkan wajah comel Nik Muhammad dalam beberapa foto bersama ibunya itu pantas meraih perhatian ramai, termasuk dalam kalangan rakan selebriti tempatan dan peminat industri hiburan. Rata-rata meluahkan rasa teruja, kagum dan tidak ketinggalan menitipkan doa agar Nik Muhammad membesar sebagai anak soleh dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
- “Masya-Allah, handsome sangat! Serius ikut muka mummy.”
- “Akhirnya reveal! Tahniah Nabila, semoga anak membesar sihat dan berjaya.”
- “Patutlah dinamakan Baby M, rupanya Nik Muhammad! Sedap nama tu.”
Untuk makluman, Nabila Razali mendirikan rumah tangga bersama usahawan muda dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup pada 18 September 2023. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 23 Disember 2024.
Sepanjang kehamilan dan fasa awal kelahiran, pasangan ini memilih untuk tidak mendedahkan butiran anak mereka secara terbuka, namun tetap berkongsi detik-detik penuh bermakna menerusi platform digital dengan pendekatan berhati-hati dan profesional.