The Malaysia Post

Dua perlawanan Liga Eropah berlangsung secara tertutup

Adidas 2020 Champions League Final Istanbul Ball during the UEFA Champions League round of 16 first leg match between Real Madrid and Manchester City FC at the Santiago Bernabeu stadium on February 26, 2020 in Madrid, Spain(Photo by ANP Sport via Getty Images)

Perlawanan pusingan 16 Liga Europa di antara Wolves dan Olympiacos akan dilangsungkan secara tertutup, begitu juga dengan pertemuan Sevilla menentang AS Roma, demikian disahkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Kerajaan Greece melaksanakan larangan sementara terhadap peminat untuk menonton sebarang acara sukan sejak kelmarin dengan setakat ini, 73 kes jangkitan telah direkodkan di negara itu.

UEFA mengesahkan bahawa keputusan itu akan menjejaskan perlawanan Olympiacos di peringkat Eropah dan Wolves akan membayar semula kerugian penyokong mereka yang sudah membeli tiket.

Sementara itu, kunjungan Roma ke laman Sevilla juga akan berlangsung secara tertutup berdasarkan pertemua Valencia dan Atalanta dalam Liga Juara-Juara Eropah bulan lalu. Perlawanan di Sepanyol itu akan tetap diteruskan walaupun sebanyak 999 kes jangkitan dan 16 kematian direkodkan di negara itu.

Itali merupakan negara Eropah yang paling terjejas dengan 7,375 kes direkodkan selain 366 kematian — kesemua acara sukan di negara itu ditangguhkan sehingga 3 April ini.

Read Previous

Siri Samsung Galaxy S20 – Fungsi Bright Night buat gambar jadi lebih cantik

Read Next

Harapan rakyat terhadap Kabinet baharu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Langgani sekarang untuk mendapatkan artikel kami yang terkini, baru, hangat, dan semasa yang dihantar terus ke emel anda
170000 subscribers are here