The Malaysia Post

Dosa besar akibat menyebelahi pembangkang – Rosol

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata bahawa orang yang berparti dan menyebelahi pembangkang telah melakukan ‘dosa besar’ yang tidak boleh dimaafkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas konflik yang masih melanda parti BERSATU sehingga membawa kepada pengguguran keahlian Tun Mahathir.

Rosol yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, “kesalahan mereka tidak boleh dimaafkan” dan juga menasihatkan “Tun Mahathir dan pemimpin yang terbabit tidak mementingkan diri sendiri”. Beliau juga berkata bahawa konflik yang sendang berlaku di dalam parti BERSATU itu sememangnya dapat dielakkan jikalau lima Ahli MPT yang digugurkan keahliannya itu kembali ke pangkal jalan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan yang telah dibuat terhadap lima pemimpin dalam parti itu adalah wajar, kerana mereka menyokong pembangkang.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Suhaimi menegas dia masih Setiausaha Kerja parti BERSATU

Read Next

Keahlian Mahathir dan empat lain terhenti, bukan dipecat – Muhyiddin

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *