Keahlian Mahathir dan empat lain terhenti, bukan dipecat – Muhyiddin

Presiden parti BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Perdana Menteri Malaysia, telah menegaskan bahawa kelima-lima pemimpin itu bukan dipecat, tetapi sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.


Beliau juga meminta semua ahli parti BERSATU untuk bersabar dan bertenang susulan kelucutan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin parti itu.


Empat yang lain yang turut di lucutkan keahlian dalam parti tersebut ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.
Muhyiddin yakin dan percaya bahawa parti BERSATU akan terus teguh dan banyak cabaran telah di tempuhi dari awal parti itu tubuhkan oleh beliau.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Dosa besar akibat menyebelahi pembangkang – Rosol

Read Next

Bukan saya! – Najib menegas melalui peguamnya

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x