Kalau kau antara rakyat Malaysia yang duduk di Amerika Syarikat secara ‘haram’, ini mungkin peluang terakhir untuk balik kampung dengan selamat… dan dapat ‘buah tangan’ USD1,000 (lebih kurang RM4,200!).
Baru-baru ni, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) kat Amerika Syarikat umumkan satu program balik kampung secara sukarela khas untuk warga asing yang tak ada dokumen sah. Melalui app CBP One yang dibangunkan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP), pendatang tanpa izin termasuk rakyat Malaysia, boleh mohon nak balik negara asal. Bestnya, siap dapat bantuan duit poket lagi!
Apa Program CBP One Trump Ini Sebenarnya?
Program ni bukan biasa-biasa. Bagi mereka yang terlibat, korang akan dibantu dari segi:
- Tempahan tiket penerbangan balik
- Penyediaan dokumen perjalanan (kalau hilang pasport, jangan risau)
- Elaun USD1,000 bila perjalanan disahkan
Dalam taklimat media khas bersama wartawan Indo-Pasifik, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam DHS, Tricia McLaughlin, bagitahu program ni terbuka kepada semua warga asing tanpa izin termasuklah dari Malaysia.
Kalau Rakyat Malaysia Tak Join Program CBP One, Apa Jadi?
Bagi yang degil dan tak nak pulang secara sukarela, ICE (Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam AS) boleh tangkap dan hantar korang balik secara paksa. Paling menyedihkan kalau dah kena tangkap dan diusir, korang tak boleh masuk semula ke AS buat selama-lamanya. Bye-bye ‘American Dream’…
Ramai Ke Rakyat Malaysia Terlibat Program Trump Ini?
Menurut data awal tahun ni, pihak ICE dedahkan ada sekitar 435 rakyat Malaysia yang dah dapat final deportation order. Buat masa ni, mereka berada dalam senarai non-detain docket maksudnya belum ditahan, tapi dah ada surat arah balik.
Baca juga:
- Selepas kemenangan mahkamah, Biden sekali lagi cuba menamatkan program Trump ‘kekal di Mexico’
- AS Akan Pindahkan PATI ke Teluk Guantanamo
Kenapa Trump Sokong Program CBP One Ni?
Donald Trump sememangnya lantang dalam isu imigresen sejak zaman pentadbiran beliau. Bagi Trump, tindakan ni sebahagian daripada strategi untuk ‘menguruskan semula’ pendatang asing secara sistematik, dengan memberi peluang pulang secara sukarela tapi dalam masa sama, tegas kalau tak patuh.
Kalau korang kenal sesiapa yang tengah duduk secara haram di AS, rakyat Malaysia ke, atau dari negara Asia lain, mungkin ini masa terbaik untuk ambil peluang balik kampung dengan cara baik dan dapat duit poket sekali. Jangan tunggu sampai kena tangkap baru nak menyesal!