The Malaysia Post

Chef Wan Mengidap Kanser Lymphoma

Dalam satu pos Instagram semalam, Chef Wan yang berusia 65 tahun, berkongsi bahawa doktornya telah memberitahu beliau mengenai penyakit kanser lymphoma ini selepas menjalani ujian biopsi pada nodus limfanya.

Ujian Tambahan dan Rancangan Rawatan

Menerangkan lagi, Chef Wan berkata ujian biopsi tersebut perlu dijalankan dua kali untuk memastikan keputusan yang diperoleh betul. Beliau akhirnya dijelaskan oleh pakar onkologi, Dr. Jay Suriar, mengenai langkah-langkah rawatan yang perlu diambil.

Menurut Chef Wan, langkah pertama adalah menjalani imbasan PET untuk melihat sama ada kanser telah merebak ke organ lain dan menentukan peringkat penyakit.

Baca lagi | Chef Wan tidak mahu membayar perkahwinan kedua anaknya

Keteguhan Chef Wan Menghadapi Cabaran

Chef Wan turut berkongsi bahawa peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah antara 70% hingga 80% kerana penyakit kanser ini dikesan pada peringkat awal. Jelas beliau lagi adalah lebih baik untuk mendapati penyakit ini pada peringkat awal sebelum ia terlambat. 

Semua yang berlaku adalah sebuah kehidupan dan dia perlu melalui segala yang sudah tertulis dan bersedia untuk menghadapinya dengan cara yang positif.

Dengan keberanian dan keteguhan hati yang ditunjukkan oleh Chef Wan, ramai yang mendoakan agar beliau dapat mengatasi cabaran ini dengan baik dan kembali berkarya untuk komuniti penyokongnya. 

Berita Mengejutkan Ramai Pihak

Chef Wan yang nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail merupakan seorang chef selebriti terkenal dari Malaysia. Beliau diiktiraf secara meluas untuk kepakaran masakannya dan telah memberikan sumbangan besar kepada mempopularkan masakan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Berita tentang Chef Wan menghidap kanser limfoma menggemparkan komuniti peminat dan menyentuh hati ramai orang. 

Kami berdoa agar Chef Wan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran ini dengan tabah dan berharap beliau akan pulih sepenuhnya. Semoga beliau terus diselubungi rahmat dan kesembuhan dan semoga dikurniakan ketenangan dan diberikan kekuatan serta sentiasa dalam keadaan sabar sepanjang dalam perjalanan ini. Amin.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Calon Bandar Utama, Abe Lim Mahu Fokus Isu Perubahan Iklim 

Read Next

7 Fakta Hebat Mengenai Pakaian Berhawa Dingin Untuk Gelombang Haba

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.