Skip to main content

The Malaysia Post

Bill Gates letak jawatan Lembaga Pengarah Microsoft untuk fokus dengan kerja kebajikan

Sebut mengenai Bill Gates pasti orang ramai cukup mengenalinya. Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dilaporkan meninggalkan lembaga pengarah gergasi teknologi itu bagi memberi lebih perhatian kepada aspek filantropi.

Pernah menjadi manusia terkaya dunia melalui syarikat Microsoft, Bill Gates selaku pengasas syarikat ini telah mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai daripada lembaga pengarah Microsoft selepas melepaskan jawatan CEO pada tahun 2014.

Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella dalam satu kenyataan berkata, Gates memainkan peranan sebagai pengerusi lembaga pengarah Microsoft sehingga awal tahun 2014, sebelum meninggalkan seluruh syarikat.

“Adalah satu penghormatan besar dan kelebihan, dapat bekerja serta mempelajari banyak perkara daripada Bill sepanjang tempoh ini. Bill menubuhkan syarikat ini berasaskan kepercayaan penuh kepada konsep demokrasi perisian dan minat mendalam untuk menyelesaikan cabaran utama masyarakat moden.

“Malah dunia menjadi lebih baik dengan Microsoft,” katanya.

Di sebalik pemilihan beliau untuk meletak jawatan, Bill Gates turut menyatakan hasratnya untuk membelanjakan sebahagian daripada hartanya kepada kerja kebajikan dimana salah satu daripadanya adalah di bawah yayasan beliau iaitu Bill and Melinda Gates Foundation.

bill gates steps down microsoft

Sikap dermawannya itu juga dilaporkan merupakan punca mengapa beliau bukan lagi manusia terkaya dunia. Setakat ini, beliau sudahpun menderma lebih $35 bilion kepada yayasan Bill & Melinda Gates. Terbaharu, beliau bersama rakan pasukan serta berusaha keras dalam mencari rawatan bagi wabak koronavirus.

Semoga usaha Bill Gates dalam melestarikan negara dunia ketiga serta berkongsi kekayaan beliau bersama yang memerlukan membuahkan hasil. Tahniah buat Bill Gates di atas pencapaian beliau sepanjang hidup.

About Aiman Hakim

432ee74c0c509139124c102a4a9abb130efa5f044ecb9482a23dc132dc082d48?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Roche cipta peralatan uji COVID-19 lebih pantas

Read Next

COVID-19: Malaysia catat kes tertinggi di Asia Tenggara

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *