Bulan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam di seluruh dunia berpuasa dan digalakkan untuk melakukan amal jariah. Bulan mulia ini juga mengajar kita untuk menjaga kesihatan diri dengan cara pengambilan makanan yang sihat semasa bersahur dan berbuka, selain amal ibadah tarawih.
Di samping itu, terdapat aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian semasa bulan puasa, iaitu bau mulut. Mulut berbau semasa berpuasa itu adalah perkara yang normal dan rata-rata individu lain akan mengalaminya.
Punca utama mulut berbau ini terjadi adalah disebabkan oleh bakteria yang membiak di dalam mulut. Ini berlaku akibat terdapat lebihan makanan atau minuman yang tidak dibersihkan dengan baik selepas bersahur, menyebabkan pembiakan bakteria.
![](https://themalaysiapost.com/wp-content/uploads/2020/04/image-4.jpg)
Selain itu, faktor kekeringan air liur turut menjadi antara punca mulut berbau. Air liur adalah pembilas mulut semula jadi, yang berfungsi untuk membersihkan lebihan makanan dan minuman yang tersimpan pada gigi, gusi, lidah dan kerongkong.
Disebabkan kita ditegah untuk makan dan minum semasa sedang berpuasa, sudah pasti air liur akan kering lantas menyebabkan lebihan makanan dan minuman tersimpan dalam mulut. Kesannya, bakteria akan tumbuh lalu membuat mulut berbau semasa berpuasa.
Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi punca mulut berbau ketika berpuasa termasuklah merokok, mengambil minuman beralkohol, mengambil makanan yang berbau kuat seperti bawang, memberus gigi dengan teknik salah, dan masalah kesihatan yabg berlaku pada mulut, hidung, sinus dan kerongkong.
Mulut berbau kurang disenangi oleh orang lain sekiranya kita perlu bercakap dengan orang lain. Bagi mereka yang menghadapi bau mulut yang agak kurang menyenangkan, di sini dikongsikan beberapa petua atau tips bagi mengurangkan bau mulut semasa berpuasa.
1. Berus gigi dengan teknik betul
![](https://themalaysiapost.com/wp-content/uploads/2020/04/ugly-truth-about-your-toothbrush-s1-photo-of-man-brushing-teeth.jpg)
Secara amnya, memberus gigi dilakukan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Justeru itu, pastikan anda tidak lupa untuk memberus gigi selepas bersahur dan berbuka puasa serta sebelum tidur malam.
Paling penting, teknik memberus gigi yang betul akan membantu mengurangkan bau mulut, dengan cara memberus gigi dari atas ke bawah. Pemilihan berus dan ubat gigi yang disyorkan oleh doktor juga sangat membantu dalam penjagaan kebersihan mulut.
2. Minum air putih
![](https://themalaysiapost.com/wp-content/uploads/2020/04/a-woman-drinking-water-as-a-home-remedies-for-bad-breath-1024x689.jpg)
Air putih diketahui sangat baik untuk kesihatan tubuh badan dan didapati juga bagus untuk menghilangkan bau mulut apatah lagi semasa sedang berpuasa. Okeh itu, pengambilan air putih yang secukupnya semasa bersahur dan berbuka sangat penting supaya bau mulut lebih segar selain mampu menahan diri daripada lapar semasa berpuasa.
Selain itu, elakkan pengambilan makanan atau minuman yang manis dan masin kerana air liur akan lebih senang untuk kering, seterusnya membuatkan anda lebih cepat haus dan mulut agak berbau.
3. Gunakan flos dan ubat kumur
![](https://themalaysiapost.com/wp-content/uploads/2020/04/unnamed-8-1.jpg)
Memberus gigi sahaja kadangkala tidak mencukupi. Ini kerana sisa makanan dan minuman masih akan tersimpan pada lidah, gigi, gusi dan kerongkong. Jadi, penggunaan flos atau ubat kumur amat disyorkan oleh para doktor gigi.
4. Ambil produk tenusu
![](https://themalaysiapost.com/wp-content/uploads/2020/04/nutrition-advance-1024x683-1.jpg)
Untuk pengetahuan anda, produk tenusu adalah sumber kalsium tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan tulang kita. Sebagai contoh, keju yang sangat tinggi karbohidrat adalah sangat bagus untuk menguatkan gigi, meningkatkan pengeluaran air liur serta mengurangkan pertumbuhan karang gigi. Selain itu juga, susu pula sangat bagus untuk membantu hilangkan bau mulut semasa berpuasa.