The Malaysia Post

Bantuan Tunai Rakyat Fasa Pertama Akan Dibayar Bulan Depan

PM Anwar Fasa 1 Memberi Bantuan Tunai

Pembayaran bagi Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat akan dibuat mulai Januari dan bukannya Mac 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meneruskan beberapa bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2023 sebelum ini, dan dengan berbuat demikian, akan menambah jumlah dan membuat pembayaran pada tarikh lebih awal.

RM2 Bilion akan Mendapat Manfaat

“Pembayaran Fasa 1 membabitkan peruntukan RM2 bilion akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima di mana RM300 akan disalurkan kepada setiap isi rumah dan RM100 kepada penerima bujang.

“Saya berharap pengeluaran awal ini dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat ketika ini,” katanya ketika membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan juga akan meneruskan pemberian bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid Januari ini, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka, selain bantuan kebajikan sosial kepada isi rumah miskin, warga emas dan orang kurang upaya.

Baca Lagi | Lebih 66,000 Mangsa Banjir Masih Mencari Perlindungan di Pusat Bantuan

Baca Lagi | Perbicaraan Pendakwah Ebit Lew: Saksi Mengatakan Dia Melihat Mesej Lucah

Sementara itu, bagi menjamin kebajikan pekebun kecil getah pada musim tengkujuh, kerajaan bercadang menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada golongan berkenaan Januari ini.

“Setakat ini, kerajaan telah pun mengagihkan bantuan musim tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember berjumlah RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” katanya.

Meningkatkan Peruntukan untuk Pengurusan Bencana dan Banjir

Dalam perkembangan lain, kerajaan akan meneliti rancangan menambah peruntukan bagi pengurusan bencana dan banjir berikutan keadaan banjir yang dilihat lebih teruk daripada jangkaan.

Anwar berkata RM400 juta peruntukan sebelum ini disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk inisiatif kesiapsiagaan awal di kawasan banjir, sambil memastikan sumber kewangan tambahan akan disediakan apabila perlu.

Beliau berkata pelbagai agensi kerajaan sudah pun bersiap sedia dengan jentera mereka untuk membantu rakyat

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Ke Akaun) 2022 yang memperuntukkan RM107.72 bilion perbelanjaan perkhidmatan awam diluluskan tanpa dibahaskan.

Read Previous

Perbicaraan Pendakwah Ebit Lew: Saksi Mengatakan Dia Melihat Mesej Lucah

Read Next

Pameran Tokyo mempamerkan keghairahan Dior terhadap Jepun

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.