The Malaysia Post

Bagaimana pengesanan kontak dapat memperlahankan penularan COVID-19

Semasa penularan wabak jangkitan, salah satu teknik ‘old-school’ yang pakar kesihatan awam lakukan ialah mencari setiap individu sakit dan seterusnya menyiasat dengan siapa mereka berinteraksi dalam tempoh terdekat. Teknik ini disebut sebagai pengesanan kontak, yang membantu penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19 di bawah kawalan.

Untuk menarik semula langkah penjarakan sosial seperti perintah penutupan sekolah dan institusi pengajian serta arahan ‘duduk di rumah’, agensi kesihatan awam terpaksa berusaha dengan agresif untuk menjalankan pengesanan kontak. Ini akan mengelakkan kes baharu jangkitan virus daripada semakin merebak.

Pengesanan kontak dilakukan berdasarkan idea yang sewajarnya – individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19 adalah terdedah kepada risiko untuk dijangkiti. Proses pengesanan ini bukanlah mudah. Proses bermula melalui temubual, di mana pasukan perubatan menyenaraikan lokasi perjalanan dan kontak rapat pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas. Apabila seseorang individu dijangkiti, mereka akan disoal siasat oleh pasukan perubatan untuk menjejaki kontak pesakit untuk mencegah dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan maklumat lanjut.

Melalui rujukan tersebut, kontak pesakit akan dijejaki dan akan disiasat oleh pasukan perubatan. Sekiranya kontak sihat, mereka atau disuruh untuk menjalani ujian pengesahan dan diletak di bawah pengawasan di rumah bagi kuarantin selama 14 hari. Sekiranya kontak pesakit mengalami gejala, mereka akan dirujuk ke hospital untuk pengasingan dan rawatan lanjut. Selain itu, kontak terbaru yang lain juga akan turut dijejaki. Proses tersebut akan bersambung sehinggalah semua mereka yang terdedah kepada pesakit tidak mempunyai ikatan atau interaksi lagi.

Pada permulaan di mana koronavirus mula menukar, pasukan kesihatan berhati-hati untuk menjejaki semula sejarah kontak terbaharu bagi setiap kes baru yang didiagnosis COVID-19. Tetapi, apabila bilangan kes semakin bertambah dengan pantas, sumber yang ada tidak mencukupi untuk menjejaki kontak-kontak ini untuk setiap jangkitan baru. Seperti contoh penularan virus di sebuah parti di Westport, Connecticut yang meninggalkan pakar penyelidik jangkitan dengan ratusan senarai kontak yang berpotensi dijangkiti sehingga mereka berputus asa untuk menjejaki kesemua mereka.

Walaupun begitu, teknologi serta aplikasi serba canggih pada masa kini mungkin mampu menyelesaikan isu untuk mengesan kontak yang dijangkiti COVID-19. Negara-negara maju mengguna-pakai kemahiran teknologi serta aplikasi canggih bagi merancang strategi pengesanan kontak. Melalui aplikasi di telefon mudah alih, dapat membantu mengesan individu dengan efektif.

Terbaharu, Google dan Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan membina satu sistem yang membolehkan telefon menggunakan data daripada Bluetooth untuk menjejaki mereka yang dijangkiti apabila berdekatan dengan satu sama lain. Sekiranya individu tersebut diuji positif COVID-19, mereka boleh melaporkan kepada aplikasi sedia ada, yang seterusnya akan menyampaikan maklumat kepada setiap peranti telefon berdekatan dengan individu terbabit.

Malaysia juga sudah pun merancang membina satu aplikasi pengesanan kontak COVID-19 tetapi belum diketahui tempoh proses pelaksanaannya. Sekiranya dibangunkan di Malaysia, ia mungkin akan dapat membantu mengurangkan kes baharu jangkitan virus itu dan menyampaikan maklumat dengan lebih segera.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Bina kereta ‘buggy’ guna teknologi solar untuk bantu penduduk di luar bandar

Read Next

Pengambilan makanan mengikut aturan masa makan yang sesuai

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.