The Malaysia Post

Apple Bakal Tinggalkan China, India Kini Fokus Utama Buka Kilang

Syarikat teknologi gergasi paling popular yang berpusat dari Amerika Syarikat, Apple kini tengah merancang untuk kurangkan kebergantungan pada China dalam proses buat iPhone. Kalau anda nak tahu antara punca utama Apple membuat keputusan sebegini adalah kerana isu perang dagang yang sedang berlaku di antara AS dan China yang kini dilihat semakin meruncing.

Apa Cerita Disebalik Apple Bakal Tinggalkan China Sebenarnya?

Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump sebelum ni telah pun mengenakan cukai import yang tinggi (hingga 145%) ke atas produk dari China. Oleh sebab itu, pihak sana telah membuat keputusan untuk mengenakan cukai sebanyak 125% ke atas barang dari AS. Implikasinya, Apple pun mulalah misi mereka untuk mencari jalan lain dan India dilihat mampu memenuhi permintaan untuk dijadikan pilihan utama bagi menghasilkan iPhone, terutama untuk pasaran Amerika.

Kenapa Apple Pilih India untuk Buka Kilang?

Syarikat gergasi AS ini kan sebenarnya sudah lama bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Foxconn dan juga Tata Electronics yang beroperasi di India. Tapi masalahnya sekarang ini, syarikat gergasi ini nak jadikan India sebagai pusat utama pembuatan iPhone.

Nak tahu yang lebih menarik?

Untuk info anda, pada suku pertama tahun ini, India berjaya menyumbang sebanyak 20% daripada keseluruhan iPhone yang dikeluarkan seluruh dunia — peningkatan besar dari tahun sebelumnya!

Malaysia Pun Terlibat?

Ya! Walaupun Malaysia bukan negara utama macam India, tapi kita tetap ada peranan dalam pengeluaran produk Apple, terutamanya untuk komputer Mac.

Mengikut laporan, kalau Apple terus kurangkan kebergantungan pada China, Malaysia mungkin akan terima lebih banyak tanggungjawab dalam rantaian bekalan mereka.

Kalau anda nak tahu, negara lain macam Vietnam dan Thailand pun tak ketinggalan tau. Contohnya, Vietnam sekarang dah hasilkan 90% peranti boleh pakai (wearable) Apple dan banyak unit iPad juga dibuat di sana.

Tapi Pindah Kilang Apple Bukan Kerja Sekejap…

Menurut pakar dari Bloomberg Intelligence, nak pindahkan 10% pun ambil masa sehingga 8 tahun! Banyak benda nak kena rancang — kilang, tenaga kerja, logistik dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, selain China, Apple juga bergantung pada beberapa negara lain:

  • Jepun – buat skrin dan kamera.
  • Korea Selatan – cip dan memori.
  • Taiwan – PCB dan Foxconn.
  • AS – R&D dan reka bentuk cip.

Baca juga:

Walaupun China masih penting untuk Apple, tapi disebabkan tekanan dari perang dagang, Apple dah mula diversifikasi tempat pengeluaran mereka.

India bakal jadi pemain utama. Malaysia pula walaupun kecil peranannya, tetap penting dan berpotensi besar kalau Apple terus buka peluang baharu di luar China.

Kalau anda minat isu teknologi global dan ekonomi digital, jangan lupa follow artikel terkini kami supaya tak terlepas info penting macam ini DI SINI!

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Tun Mahathir Beri Zahid Hamidi Tujuh Hari Tarik Balik Tuduhan Berkaitan Isu Harta UMNO

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *