The Malaysia Post

Air Selangor: Bekalan air ke Hulu Selangor pulih sepenuhnya menjelang Khamis

Bekalan air ke 188 kawasan terjejas akibat gangguan air berjadual di Hulu Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada 1 pagi Khamis.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam satu kenyataan berkata ini akan dapat dilaksanakan memandangkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sg Rasa, yang bermula awal hari ini, dijangka akan selesai jam 9 malam ini.

“Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat selepas sistem bekalan air stabil. Tempoh gangguan air dan pemulihan bekalan akan berbeza berdasarkan lokasi dan tekanan air,” katanya.

Elina berkata Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan keutamaan di premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan rumah pengebumian.

Beliau berkata bagi pelanggan komersial

bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter perkhidmatan pelanggan Air Selangor di Petaling dan Gombak dan pelanggan boleh menggunakan lori tangki sendiri untuk mengambil bekalan air di dua stesen pengisian air di Batu Caves dan Damai Utama, Puchong .

Baca Lagi | Air Selangor: Bekalan air ke Hulu Selangor pulih sepenuhnya menjelang Khamis

Pengguna boleh mendapatkan maklumat gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh dikemukakan ke Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor, tambahnya. — Bernama

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Ahli parlimen PKR Johor berkata skandal LCS adalah ‘ribut sempurna’ untuk menjatuhkan BN pada PRU15

Read Next

Selepas kemenangan mahkamah, Biden sekali lagi cuba menamatkan program Trump ‘kekal di Mexico’

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.