Affin Bank tawar kelonggaran pelanggan terjejas akibat COVID-19

Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd akan menawarkan kelonggaran sementara dari segi kewangan kepada pelanggannya yang terjejas oleh penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan beban kewangan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul berkata program itu membabitkan semua kemudahan pembiayaan kepada individu dan pelanggan perniagaan, di mana permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan di talian 03-8230 2222 atau mengunjungi cawangan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Faiz Subri bertekad kembali bersinar dalam karier

Read Next

MH370: Tiada bukti sokong teori kaitkan MH370 dengan bunuh diri

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x