The Malaysia Post

Persatuan Jepun tawarkan permainan konsol retro, tarik minat kanak-kanak masa kini

Permainan konsol klasik adalah antara kenangan yang membawa penuh erti dalam kehidupan kanak-kanak dahulu semasa kewujudan internet dan telefon pintar masih agak terhad. Permainan video seperti Super Mario sangat ditaksubi, sehinggakan sanggup berebut alat kawalan dengan adik-beradik atau kawan ketika itu.

Tetapi, sejajar perkembangan teknologi, permainan konsol tidak lagi menjadi pilihan oleh kanak-kanak pada masa kini. Kepelbagaian aplikasi di telefon pintar sudah menjadi pengganti kepada budaya teknologi untuk golongan muda ini.

Sekumpulan peminat permainan video retro di Jepun berharap pelaksanaan lockdown yang menbawa kepada kebosanan akan mengubah kanak-kanak dan remaja masa kini menjadi peminat permainan ‘legend’ suatu ketika dahulu, dengan cara menawarkan 100 permainan konsol klasik Nintendo.

Persatuan permainan retro Jepun itu menyampaikan mesej tersebut di laman web mereka, yang mengumumkan untuk menghantar permainan konsol Super Nintendo kepada 100 buah isi rumah yang mempunyai anak-anak berusia 16 tahun dan kebawah.

“Ramai kanak-kanak terpaksa duduk di rumah disebabkan oleh penularan virus koronavirus baharu dan kami inginkan mereka menikmati permainan yang pernah diminati ramai oleh orang yang kini sudah berusia 30-an dan 40-an,” kata mereka.

Oleh itu, persatuan tersebut mengajak kanak-kanak serta remaja di bawah usia 16 tahun untuk membuat permohonan melalui e-mel yang akan ditutup pada Ahad.

Permainan konsol klasik itu ditawarkan lengkap dengan adaptor, kabel, alat kawalan dan dua permainan masterpiece Nintendo – Super Donkey Kong dan Final Fantasy VI. Konsol Super Nintendo Entertainment System (Super NES), dikenali juga sebagai Super Famicom di Jepun memulakan debut di negara matahari terbit itu pada tahun 1990. Ia adalah platform bagi Super Mario dan francais lain yang sangat popular.

Walau bagaimanapun, ia telah dimaklumkan bahawa permainan konsol yang bakal diberikan itu adalah konsol terpakai (secondhand) dan kemungkinan terdapat beberapa tanda atau kesan calar. Namun ia telah dipulihkan bagi membolehkan konsol itu digunakan, selain turut telah melalui proses pembersihan dan pembasmian kuman.

Beberapa foto dimuatnaik di laman web persatuan tersebut yang memaparkan kakitangan mereka membersihkan konsol terpakai itu dengan teliti dan berhati-hati. Jadi, ia tidak menjadi masalah untuk mereka yang inginkan permainan konsol ini secara percuma.

Jepun sekarang ini berada di dalam keadaan kecemasan di seluruh negara itu, di mana akan berlanjutan sehingga 6 Mei setelah pandemik koronavirus menjadi semakin agak teruk. Kerajaan Jepun telah mengarahkan supaya orang awam untuk kekal berada di rumah dan rata-rata kebanyakan sekolah serta perkhidmatan turut ditutup buat sementara ini.

Setakat ini, lebih kurang 13,500 jangkitan telah direkodkan di Jepun dengn 376 kematian akibat wabak tersebut.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Penggunaan e-dompet di Malaysia meningkat sepanjang tempoh penularan COVID-19

Read Next

Esprit akan menutup kesemua 56 outlet di Asia, termasuk Malaysia akibat pandemik COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.