Apa itu Monsun Timur Laut? Ia musim angin yang biasanya berlaku dari November hingga Mac yang mana angin yang datang dari arah timur laut akan bawa udara lembap ke Malaysia. Sebab itulah hujan lebat kerap turun di pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan juga timur Sabah.
Hujan boleh berlarutan selama beberapa hari. Ada kawasan yang mungkin mengalami banjir, jalan dinaiki air dan laut bergelora. Keadaan tidak sama setiap tahun.
Jadinya kalau anda tinggal di kawasan risiko banjir tolonglah simpan dokumen penting anda dan barang keperluan di tempat yang betul-betul anda rasakan tempat itu selamat. Elakkan meredah air banjir. Semak juga ramalan cuaca sebelum keluar, terutama jika merancang perjalanan jauh atau aktiviti di laut.
Fasa peralihan monsun akan ganti Monsun Timur laut yang mana angin akan jadi lemah dan ribut petir boleh berlaku pada waktu petang. Untuk maklumat cuaca dan amaran terkini, rujuk MetMalaysia atau aplikasi myCuaca.
Soalan lazim Apa Itu Monsun Timur Laut
Bila Monsun Timur Laut berlaku?
Biasanya dari November hingga Mac.
Kawasan mana menerima hujan lebat?
Di barat Sarawak, pantai timur Semenanjung dan juga timur Sabah.
Di mana boleh semak amaran cuaca?
Di laman MetMalaysia atau aplikasi myCuaca.







