The Malaysia Post

Bazar Ramadan dibatalkan, penganjur diarah pulangkan semula wang deposit peniaga

Kebanyakan peniaga yang saban tahun membuka gerai di bazar Ramadan terpaksa melupakannya tahun ini setelah kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan bazar beroperasi bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menerusi siaran langsung akaun Facebook turut menjelaskan bahawa duit deposit sewa tapak bazar Ramadan yang telah dibayar penjaja akan dibawa ke tahun depan.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga bazar Ramadan sekitar WP Kuala Lumpur yang meluahkan rasa tidak setuju atas tindakan tersebut dan menuntut untuk dipulangkan semula wang deposit mereka.

“Saya perlu sangat duit itu, untuk bayar sewa rumah. Peti sejuk beku untuk saya simpan ayam yang sepatutnya berniaga di bazar juga sudah rosak.

“Jadi saya rasa lagi elok saya ambil duit itu, risau nanti kalau tahun depan tak jadi berniaga saya nak ambil kembali duit itu tidak boleh,” kata Siti Sarah Reyes, peniaga bazar Ramadan di KL.

Di samping itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata para peniaga di ibu negara sangat memerlukan wang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penganjur bazar Ramadan disaran untuk memulangkan kembali keseluruhan bayaran termasuk deposit, sewa tapak dan lain-lain fi yang diambil daripada peniaga.

Kerugian perlu terpaksa ditanggung penganjur yang telah membuat persiapan berhubung perkara itu wajar ditanggung secara minima oleh DBKL atau KWP yang telah memberikan harapan bahawa bazar Ramadan akan diadakan tahun ini.

Namun begitu, pihak DBKL tampil dengan memberikan dua pilihan kepada peniaga, iaitu sama ada mengambil balik duit bayaran sewa, dengan risiko mereka bakal berdepan dengan paksaan untuk memohon kembali tapak tanpa jaminan mereka akan terpilih sebagai peniaga di tapak terbabit semula, atau bayaran sewa itu dibawa ke tahun hadapan sebagai bayaran untuk program tahun depan.

Pada Selasa (21 April), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan menegaskan penganjur sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pertubuhan perlu akur dengan arahan itu supaya tidak menyusahkan peniaga.

Kerajaan telah mengarahkan penganjur bazar Ramadan supaya memulangkan semula wang deposit yang dibayar oleh peniaga.

“Saya harap jangan ada sesiapa pun mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Mereka membayar deposit dengan harapan bazar Ramadan akan dibuka tahun ini.

“Akan tetapi apabila PKP dilaksanakan, kerajaan membuat keputusan bazar Ramadan tidak dibenarkan dibuka. Harap dapat pulangkan keseluruhan deposit bayaran yang dibuat peniaga,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sudah dibatalkan bazar Ramadan, wang deposit sewa pula tidak dikembalikan. Sebaiknya, para penganjur akur dengan memulangkan kembali segala wang deposit yang dibayar oleh peniaga.

Walaupun ramai yang bersedih kerana bazar tahun ini dibatalkan, namun ini adalah pendekatan terbaik bagi membendung penularan wabak. Pastinya, bulan Ramadan tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelum-sebelum ini yang penuh kemeriahan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Kes pembuangan haiwan peliharaan semasa tempoh PKP meningkat tiga kali ganda

Read Next

Bagaimana Malaysia boleh tamatkan PKP? KKM gariskan 6 kriteria yang perlu dipatuhi sebelum tarik balik PKP

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.