The Malaysia Post

Pengambilan makanan tambahan bawa lebih kebaikan kepada kesihatan

Sekarang ini pelbagai jenis produk atau suplemen makanan tambahan yang boleh dijumpai di pasaran dan farmasi. Tidak semua suplemen makanan itu membawa keburukan, malahan ada yang bermanfaat dalam menangani penyakit.

Pengambilan makanan diet tambahan secara teratur dapat membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD), yang kini menjadi masalah kesihatan utama dihadapi masyarakat dunia. Penyakit NCD termasuk kanser, obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit lain. Ini dijelaskan sendiri oleh Persatuan Makanan Diet Tambahan Malaysia (Madsa).

Bagi setiap penyakit NCD, terdapat sekurang-kurangnya satu atau beberapa suplemen diet tambahan ini yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit dan pengambilan secara teratur mungkin dapat mencegah daripada penyakit ini.

Golden age for supplements in South East Asia driving start up boom wrbm large

Makanan diet tambahan ini bukan hanya digunakan untuk merawat NCD, malahan untuk kegunaan sistem imun atau kesihatan secara am, penuaan dan kecantikan, kardiovaskular, kesihatan tulang dan sendi, pengganti makanan untuk melawan obesiti serta untuk menurunkan berat badan.

Menurut sebuah laporan oleh Penyelaras Antarabangsa Diet/ Persatuan Makanan Tambahan, risiko relatif individu berusia 55 tahun ke atas mengalami penyakit jantung dapat dikurangkan sebanyak 4.9% melalui pemakanan harian Omega 3 EPA + DHA. Pengambilan magnesium pula dapat mengurangkan risiko keretakan tulang berkaitan dengan pengurangan densiti tulang.

Kanak-kanak yang sukar untuk mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, boleh digantikan dengan suplemen tambahan yang mengandungi vitamin A dan vitamin C supaya mereka mendapat nutrien dan zat yang cukup, lebih-lebih lagi dalam umur pertumbuhan yang vital.

Selain itu, pengambilan makanan tambahan memberikan kesan yang efektif kepada atlet-atlet atau mereka yang bersukan. Penghasilan makanan tambahan ini setidak-tidaknya boleh meningkatkan tahap fizikal seseorang untuk menjadi lebih tinggi, tegap dan berotot berbanding sebelum pengambilannya.

vitamins and supplements

Rakyat Malaysia sebenarnya menyedari dan ‘aware’ tentang betapa pentingnya pengambilan makanan tambahan, namun begitu kesedaran mengenai perkara ini masih belum meluas. Cabaran yang dihadapi termasuk kurang kesedaran, kurang insentif untuk menggalakkan lebih ramai orang tentang pengambilan makanan tambahan dan harga yang diletakkan mungkin antara faktor yang perlu ditangani.

Baca Juga:  Di sebalik COVID-19, WHO beri amaran kematian malaria boleh berganda

Tetapi, semua ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih mana yang terbaik bagi kesihatan diri mereka. Pengambilan makanan tambahan tanpa kawalan boleh memudaratkan kesihatan, begitu pula pengambilan teratur boleh mencegah penyakit.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Pelarian di Malaysia mengalami keresahan, terjejas sepanjang tempoh PKP

Read Next

Cip Xbox Series X, produk buatan Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *