The Malaysia Post

Indonesia hasilkan ubat anti-malaria, chloroquine sebagai rawatan COVID-19

Republik Indonesia akan mengeluarkan penawar chloroquine, iaitu ubat anti-malaria yang mungkin mujarab sebagai rawatan untuk wabak COVID-19. Ini disampaikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam satu kenyataan terbaharu.

Ubat anti-malaria itu kini sedang diuji, tatkala pelbagai negara sedang berusaha menyimpan bekalan ubat-ubatan bagi memerangi penyakit itu. Syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Kimia Farma, akan menghasilkan ubat ini, yang diekstrak daripada pokok cinchona, spesies tumbuhan yang banyak terdapat di Indonesia.

Dalbergia benthamii 兩廣黃檀 crop 調整大小
Tumbuhan cinchona yang banyak didapati di Indonesia

Menurut Jokowi, tiada ubat atau anti-virus untuk COVID-19, tetapi berdasarkan pengalaman negara-negara lain, chloroquine berguna untuk membantu pesakit sembuh daripada penyakit. “Ubat berkenaan tidak dijual di farmasi kerana memerlukan preskripsi doktor tetapi, kerajaan mempunyai bekalan tiga juta pil chloroquine yang boleh diperoleh di hospital,” katanya.

Chloroquine, yang lazimnya diguna bagi merawat malaria, disyorkan oleh China yang mendakwa ia berkesan bagi merawat COVID-19. Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) sedang menguji kesesuaian chloroquine, sama ada ia sesuai untuk rawatan.

IMG 20200321 WA0011
Chloroquine, yang biasa digunakan untuk merawat malaria.

Ubat berkenaan masih menjalani ujian klinikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersama ubat selesema favipiravir, juga dikenali sebagai Avigan; gabungan dua ubat HIV, lopinavir dan ritonavir serta ubat Ebola, remdesivir.

Dalam masa yang sama, seorang profesor di Jabatan Farmakologi dan Farmasi Klinikal di Universiti Padjadjaran, Keri Lestari, berkata Indonesia mengimport chloroquine sebagai bahan mentah untuk menghasilkan ubat anti-malaria, tetapi tidak mustahil untuk menghasilkan semula penawar itu dengan semua bahan tempatan.

“Kita boleh menghasilkan penawar dari bahan yang sama yang dipanggil quinine sulfate. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai keberkesanannya,” katanya.

Baca Juga:  Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara akan dilancarkan dalam masa satu-dua bulan

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Sejauh mana keperluan topeng muka dan bahan pencuci tangan untuk orang awam?

Read Next

Perintah Kawalan Pergerakan – Lanjutan perintah beri impak kepada ekonomi negara

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *