The Malaysia Post

NSFC Semakin Hebat di Bawah Kendalian Nidzam Jamil, Tewaskan Selangor FC 2-1

Negeri Sembilan FC (NSFC) mencipta kemenangan penuh dramatik 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi bukan sekadar meraih tiga mata berharga, malah membuktikan skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil kian mantap mengharungi saingan Liga Super musim ini.

25,000 Penyokong Jadi Pemangkin NSFC Raih Kemenangan Bersejarah di Paroi – Nidzam Jamil

Ketua Jurulatih NSFC itu jelas berpuas hati dengan semangat juang yang dipamerkan anak buahnya, terutama ketika berdepan tekanan hebat di penghujung perlawanan. Menurut beliau, sokongan lebih 25,000 penyokong setia yang membanjiri stadium telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan pasukan.

“Saya gembira dengan cara pemain bangkit pada babak kedua dengan terus menekan pihak lawan. Walaupun Selangor pasukan yang kuat, pemain tidak berputus asa sehingga wisel penamat. Kemenangan pertama di tempat sendiri ini sangat bermakna,” katanya selepas tamat perlawanan.

Gol Lewat Permainan Mio Tsuneyasu Hancurkan Harapan Selangor FC

mio tsuneyasu

Perlawanan semalam menyaksikan detik penuh dramatik apabila penyerang import Jepun, Mio Tsuneyasu, muncul sebagai wira pasukan dengan dua jaringan penting pada minit ke-82 dan 90+2. Gol penyamaan dan jaringan kemenangan itu sekaligus meranapkan harapan Selangor FC yang terlebih dahulu mendahului perlawanan.

Sorakan gemuruh penyokong NSFC menggegarkan stadium, memberi aura luar biasa yang mengangkat moral pemain sehingga berjaya mengekalkan momentum sehingga tamat perlawanan.

Peranan Pemain Senior Negeri Sembilan FC – Nidzam Jamil

Mohd Nidzam turut menekankan bahawa kejayaan ini tidak hanya datang daripada strategi taktikal, tetapi juga berkat peranan pemain senior yang menjadi tonggak membimbing rakan sepasukan baharu. Menurutnya, keseimbangan antara pemain berpengalaman dan bakat muda memberi kekuatan tambahan kepada pasukan.

Baca Juga:  Menteri: Sukma 2022 membawa dua minggu, bermula pada Hari Malaysia

“Disiplin dan kerjasama di atas padang adalah kunci utama. Pemain senior menunjukkan teladan baik, manakala pemain muda pula berani mencabar diri. Gabungan inilah yang membolehkan NSFC terus konsisten,” ujarnya.

Disiplin Bawa NSFC Kejayaan Kalahkan Selangor – Nidzam Jamil

Mengulas mengenai kelebihan pernah membimbing Selangor FC, Nidzam mengakui sedikit sebanyak beliau mengenali corak permainan bekas pasukan itu. Namun, beliau menegaskan bahawa kemenangan ini adalah hasil daripada disiplin serta kesungguhan pemain melaksanakan tugasan yang diberikan.

“Selangor adalah pasukan yang bagus dan berpengalaman. Walaupun saya pernah melatih mereka, itu tidak menjamin apa-apa. Kejayaan malam ini adalah sepenuhnya milik pemain yang menunjukkan disiplin tinggi,” katanya lagi.

Baca juga:

Kedudukan Liga Super

Dengan kemenangan ini, NSFC kini berada di tangga keenam liga dengan tiga mata, sama seperti Selangor FC yang menghuni kedudukan ketujuh. Mnnakala juara bertahan JDT pula terus gah melangkah di puncak liga dengan sembilan mata penuh.

Kemenangan berharga di Paroi ini dijangka meningkatkan keyakinan NSFC untuk menghadapi saingan seterusnya, sekali gus menghidupkan kembali semangat penyokong yang mengharapkan pasukan kesayangan mereka mampu menjadi pencabar utama dalam Liga Super musim ini.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Ini Cara Mohon MySTEP Dengan Betul

Read Next

Gempa Bumi? Ini Tindakan Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *