Skip to main content

The Malaysia Post

Isteri pereka fesyen, Rizman sedang hamil kandungan 4 bulan

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan bahawa isteri tercinta Nurida Suraya kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah memasuki empat bulan. Rizman yang merupakan sebahagian daripada empayar fesyen Rizman Ruzaini ternyata sangat gembira berkongsi berita tersebut di Instagram miliknya.

Menerusi akaun Instagram, Rizman memuat naik foto ‘baby bump’ isterinya yang semakin terserlah dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dan amanat dari Allah SWT yang diberikan kepada mereka.

“Alhamdulillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.

“To my beautiful queen Nurida Suraya, thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu,” tulis Rizman pada entri tersebut.

rizman

Rizman juga berdoa semoga cahaya mata yang bakal lahir kelak cukup sifat dan menjadi insan yang terbaik.

“Ya Allah ya tuhanku, semoga anugerah pinjaman-Mu ni dilahirkan cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalan-Mu, yang akan membawa kami ke syurga-Mu,” doa Rizman.

Rizman yang begitu teruja bakal bergelar bapa turut berkongsi video imbasan ultra bunyi kandungan isterinya. Ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini. Mereka turut sama mendoakan agar kandungan isteri pereka fesyen itu sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September tahun lalu selepas lebih setahun menyulam cinta.

About Aiman Hakim

432ee74c0c509139124c102a4a9abb130efa5f044ecb9482a23dc132dc082d48?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

FAM tunggu pengesahan New Zealand bertemu Harimau Malaya

Read Next

Hari Wanita Sedunia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *