Dalam episod terbaharu podcast popular Keluar Sekejap Lagi, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan, telah mencuri perhatian ramai apabila mereka secara spontan ‘memburu’ roti krim Gardenia perisa durian yang kini kembali viral. Misi mereka bukan sekadar mencuba produk baru, tetapi juga mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak ketika mengejar “uncle roti” seusai waktu persekolahan.
KJ & Shahril Menghidupkan Semula Nostalgia Roti Man di Damansara
Segalanya bermula apabila Shahril membawa beberapa pek roti Gardenia QuickBites perisa Strawberi dan Durian ke set rakaman pod siar. Perbualan santai mereka bertukar menjadi sesi penuh emosi apabila mereka masing-masing terkenang saat-saat indah menikmati roti Gardenia sewaktu kecil dahulu.
“Walaupun Gardenia sudah berada dalam pasaran selama lebih 40 tahun, rasanya tetap sama seperti dahulu. Ia benar-benar makanan nostalgia,” kata Shahril sambil menikmati roti berperisa strawberi.
KJ pula menyifatkan rasa roti Gardenia sebagai sesuatu yang “tidak dapat disangkal.” Malah katanya, jika dilakukan ujian buta rasa, beliau yakin dapat mengenalpasti roti Gardenia hanya berdasarkan rasanya yang tersendiri.
Dari situ, kedua-dua mereka nekad untuk ‘mencari kembali zaman kanak-kanak’ — dengan mencari “roti man” atau “uncle roti” yang masih setia menjual roti dari van biru klasik.
Roti Gardenia: Ikon Makanan Ringan Sepanjang Zaman
Menurut Shahril, roti Gardenia bukan sekadar makanan ringan, tetapi satu simbol kenangan yang hidup dalam ingatan rakyat Malaysia.
“Saya beli dari roti man di luar pagar sekolah. Memang setiap hari tunggu van biru tu datang. Bau roti tu pun cukup buat kita lapar,” tambah Shahril.
KJ pula mencadangkan agar pengalaman seperti ini diberi perhatian kerana ia sebahagian daripada budaya bandar dan kenangan rakyat. Beliau tertanya-tanya sama ada roti man masih wujud dalam era moden.
Temu Bual Eksklusif Podcast Keluar Sekejap Bersama “Uncle Roti”
Ketika asyik berbual dan menelusuri jalan di sekitar Damansara, KJ dan Shahril akhirnya terserempak dengan seorang “abang roti man” yang sedang menjual roti dari vannya. Mereka tidak melepaskan peluang untuk membeli roti secara langsung, sekaligus menyelami kembali rasa autentik yang mengiringi zaman kanak-kanak mereka.
Mereka juga sempat menemubual abang roti tersebut, yang berkongsi bahawa setiap roti man mempunyai “kawasan jajahan” tersendiri yang tidak boleh dicerobohi oleh rakan niaga lain — satu sistem yang teratur dan tidak formal, tetapi dihormati dalam kalangan mereka.
QuickBites Perisa Durian & Strawberi Kini Viral!
Siri Gardenia QuickBites sememangnya dikenali sebagai makanan ringan pantas dan lazat, sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Perisa klasik seperti Jagung, Coklat dan Vanila telah lama mendapat tempat di hati pengguna. Kini, terdapat dua perisa baharu di pasaran iaitu Durian dan Strawberi yang telah kembali mencetuskan fenomena baharu di kalangan penggemar.
Dengan populariti mendadak ini, KJ dan Shahril bukan sahaja menyertai gelombang pencarian, tetapi turut membantu mengangkat semula legasi makanan ringan Malaysia yang digemari ramai.
Baca juga:
- Kongsi Kisah Atu Pernah Terjerumus Dadah dalam Podcast, Sharif Zero Mohon Maaf
- Janna Nick Kena Kecam Susulan Soalan Sensitif Terhadap Fattah Amin
Gardenia Sedia Kejutan Baru Untuk Peminat Setia
Sebagai penutup episod pod siar tersebut, kedua-dua hos memberi bayangan bahawa pihak Gardenia mungkin bakal memperkenalkan sesuatu yang mengejutkan untuk para peminat mereka. Bagi yang mengikuti perkembangan Gardenia, ini pastinya berita menggembirakan.Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi Gardenia atau mengikuti mereka di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.