Bayangkan anda boleh muat turun semua filem Marvel, koleksi penuh lagu BTS, dan setiap permainan video di Steam dalam masa kurang dari 10 saat. Bunyi macam mustahil? Tapi itulah kenyataan sekarang di Jepun!
Jepun Ubah Dunia Digital Dengan Internet Paling Pantas di Dunia
Sejarah baru diciptakan apabila sekumpulan penyelidik di Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NICT), Jepun berjaya mencatat kelajuan internet terpantas di dunia – 1.02 petabit sesaat (1,020,000 Gbps). Itu bukan typo. Betul, lebih 1 juta gigabit sesaat!
Teknologi ini bukan sekadar gimik. Ia dibangunkan menggunakan kabel gentian optik standard (macam yang digunakan secara global), tapi dengan inovasi hebat – empat teras dan lebih daripada 50 panjang gelombang cahaya serentak!
Baca juga:
- Internet mudah alih termurah ASEAN ialah di Filipina
- Ini Pelan Prabayar Unlimited Internet 5G Terbaik di Malaysia 2024 Berserta FUP
Apa Makna Internet Paling Pantas di Dunia dengan Kelajuan 1.02 Petabit Sesaat?
Kelajuan ini sangat menakjubkan anda boleh:
- Menstrim berjuta-juta video 8K pada masa yang sama
- Muat turun semua permainan di Steam dalam masa kurang dari 10 saat
- Hantar data bersaiz besar antara benua sekelip mata
- Aktifkan AI generatif dan kenderaan pandu sendiri dalam masa nyata
- Gunakan alat terjemahan bahasa real-time tanpa gangguan
Bukan Sekadar Uji Kajian, Internet Jepun Lebih Pantas Dari Cahaya
Lagi menakjubkan, kelajuan luar biasa ini dapat dikekalkan sejauh 51.7 kilometer, menjadikannya sangat sesuai untuk dibangunkan dalam sistem rangkaian sebenar di seluruh dunia dari rumah ke pejabat, hingga ke pusat data gergasi.
Dengan kelajuan begini, masa depan bukan saja di hujung jari, ia dah pun bermula. Bayangkan dunia tanpa buffering, tanpa loading, tanpa delay. Inilah asas untuk teknologi masa depan seperti:
- Cloud computing super laju
- Metaverse & realiti maya hiperaktif
- Kereta tanpa pemandu komunikasi langsung
- Sistem kesihatan AI merentas sempadan
- Terjemahan masa nyata untuk semua bahasa di dunia
Bagaimana Jepun Pecah Rekod Cipta Internet Paling Pantas di Dunia?
Kuncinya ialah penggunaan kabel gentian optik empat teras dan teknik penghantaran data canggih melalui pelbagai panjang gelombang cahaya. Gabungan ini membolehkan data dihantar dalam jumlah besar, sepantas kilat, tanpa kehilangan kelajuan atau kestabilan.