The Malaysia Post

Polis Sahkan Terima Laporan Shila Amzah Kena Serang Artis Legenda

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan dakwaan penyanyi tersohor, Shila Amzah, yang mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Merdeka.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, pihaknya telah mengesahkan sudah menerima laporan daripada penyanyi wanita tersebut, yang menggunakan nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah, pada jam 5.31 petang, Khamis lalu.

“Pihak Polis mengesahkan menerima laporan daripada penama Nurshahila Amir Amzah berhubung kejadian yang dilaporkan,” katanya ringkas dalam satu kenyataan media.

Shila Hamzah Diserang Artis Legenda Ketika Sesi Latihan Konsert Mr D.I.Y 2025

Pendedahan mengenai insiden itu dilakukan sendiri oleh Shila menerusi satu hantaran di Instagram Story, yang turut memuat naik sedutan rakaman semasa sesi latihan konsert tersebut. Dalam hantaran itu, Shila menyatakan bahawa dirinya telah diserang oleh seorang individu yang dikenali sebagai figura legenda dalam industri muzik Malaysia.

Penyanyi berusia 35 tahun itu meluahkan rasa terkejut dan kecewa kerana tindakan agresif tersebut berlaku di hadapan ramai termasuk kakitangan produksi konsert. Lebih membimbangkan, tindakan itu memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.

“Gila apabila seseorang yang dipanggil legenda boleh menyerang saya di hadapan semua pekerja di khalayak ramai. Nasib baik anda sudah berumur. Tetapi anda telah mencetuskan anxiety terhadap keselamatan saya,” tulis Shila.

Shila Amzah Alami Anxiety Selepas Kena Serang Artis Legenda

Shila turut mendakwa bahawa serangan itu bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah turut menjejaskan emosi serta meningkatkan tahap kebimbangannya terhadap keselamatan diri sendiri. Beliau mengakui mengalami tekanan emosi (anxiety) sejak kejadian tersebut.

Baca Juga:  ‘Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal Aku’ – Mamat Sepah Luah Rasa Kecewa Terhadap Rakan Selebriti?

Pembantu peribadi Shila, Aini Shuhaidah, turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu terbabit yang menurutnya amat tidak profesional, lebih-lebih lagi datang daripada seorang yang berpengalaman luas dalam bidang hiburan.

“Bagaimana individu yang memiliki banyak pengalaman sepertinya boleh bertindak secara tidak profesional? Satu laporan polis dan perintah larangan terhadap individu terbabit sedang berada dalam proses,” tulis Aini di Instastory miliknya.

Tiada Kenyataan Rasmi Daripada Pihak Penganjur Konsert Mr D.I.Y 2025

Setakat ini, identiti artis legenda yang dimaksudkan masih belum didedahkan secara rasmi. Pihak penganjur konsert mahupun individu yang terlibat juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. Namun, konsert ulang tahun Mr D.I.Y dijangka tetap akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Baca juga:

Sebagai makluman, antara barisan artis terkenal yang bakal membuat persembahan dalam Konsert Mr D.I.Y 2025 termasuklah Datuk Awie, Ella Aminuddin, Datuk Amy Search, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee, dan kumpulan 3P.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Penunggang Basikal Juga Ada Hak Sama di Jalan Raya – PKBM

Read Next

Ranking FIFA 2025: Malaysia Kini di Kedudukan ke-125 Dunia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *