The Malaysia Post

Lebih 20 Batu Nisan Dicabut di Tawau

TAWAU: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung perbuatan khianat yang menggemparkan masyarakat setempat apabila lebih 20 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Bombalai Laut, Kampung Sungai Imam, di sini, dicabut dan dipecahkan dalam insiden yang berlaku semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.37 pagi tadi dan sedang mengumpul maklumat bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Ujar beliau, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berkaitan kejadian ini melalui kenyataan ringkas yang dihantar menggunakan aplikasi WhatsApp.

Video Tular Lebih 20 Batu Nisan Dicabut di Tawau Kejutkan Masyarakat

Sebelum itu, tular satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan keadaan huru-hara di tanah perkuburan tersebut. Video berkenaan memaparkan batu nisan yang dicabut, ada yang dipecahkan, manakala sebahagiannya dilonggokkan di satu kawasan, dipercayai hasil perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

Seorang lelaki yang melawat kawasan perkuburan itu berkongsi video tersebut di laman Facebook dan meluahkan rasa terkejut serta kecewa dengan tindakan kejam yang berlaku.

“Saya amat terkejut melihat keadaan ini. Batu nisan dicabut, ada yang pecah, dan selebihnya diletakkan di satu sudut seolah-olah disengajakan. Perbuatan ini sungguh tidak berperikemanusiaan!” katanya dalam video berkenaan.

Baca lagi | Batu Nisan Bill Kayong di Miri Dirosakkan

Beliau juga menyeru kepada waris si mati yang disemadikan di tanah perkuburan itu supaya datang segera untuk memeriksa keadaan pusara ahli keluarga mereka.

Kejadian ini telah mencetuskan kemarahan penduduk Kampung Sungai Imam yang menganggap perbuatan tersebut sebagai biadab dan melanggar sensitiviti agama serta adat resam masyarakat Islam.

Baca lagi | Penduduk Punggol BTO Singapura Mengadu Muka Berkulat

Spekulasi Motif di Sebalik Kejadian Lebih 20 Batu Nisan Dicabut di Tawau

Setakat ini, motif kejadian masih belum dapat dipastikan, namun terdapat beberapa teori yang berlegar dalam kalangan masyarakat.

Sebilangan pihak mendakwa perbuatan itu mungkin didalangi oleh individu yang terlibat dalam aktiviti khurafat atau sihir, manakala ada juga yang percaya ia dilakukan oleh pihak yang ingin mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Tidak kurang juga yang mengesyaki bahawa kejadian ini berpunca daripada individu kurang siuman yang melakukan vandalisme tanpa menyedari kesan perbuatannya.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Cik Epal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Jofliam – Serah Notis Komital!

Read Next

Kanada Umum Pelantikan Duta & Kelonggaran Sekatan terhadap Syria

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *