The Malaysia Post

Formula 1: Sistem stereng baharu Mercedes dilarang mulai 2021

Sistem stereng baharu inovatif yang telah diperkenalkan pasukan Formula 1 (F1) Mercedes pada musim ini akan dilarang pengunaannya mulai 2021.

Sebelum ini, Mercedes teleh diberi kelulusan untuk menggunakan sistem stereng baharu itu untuk musim 2020.

Pengarah Teknikal pasukan itu, James Allison menaruh harapan sistem itu memberi kelebihan kepada prestasi Mercedes pada musim ini.

Namun, perubahan peraturan baharu pada 2021 bakal menyaksikan sistem baharu itu tidak lagi sah di sisi peraturan baharu F1.

Perubahan peraturan itu disahkan oleh Michael Masi yang merupakan pengarah perlumbaan Persatuan Automobil Antarabangsa semalam.

“Sistem stereng baharu itu membenarkan pelumba Mercedes mengubah sudut kedudukan kaki ketika memandu. Pada sistem itu, pemandu boleh menarik stereng untuk meluruskan tayar depan dan kemudian menolak kembali ke kedudukan asal, ujarnya.

“Ia dibenarkan di bawah peraturan 2020 kerana fasal yang berkaitan hanya menyatakan ‘tayar hadapan diselaraskan semata-mata oleh stereng dan di bawah kawalan penuh pemandu’, katanya lagi.

“Tetapi peraturan 2021 mengandungi klausa yang menegaskan bahawa penjajaran tayar depan hanya perlu dilakukan melalui fungsi berterusan dari pergerakan putaran stereng tunggal.”

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung

Read Next

Banjir kilat di Indonesia ragut lapan nyawa

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.