Kajian yang melibatkan 100,000 peserta dan 47,000 kematian telah menemukan bahawa erdapat empat jenis makanan khas yang perlu kita ambil supaya dapat mengekalkan kesihatan.Khasnya, makanan-makanan ini juga lebih baik untuk alam sekitar berbanding yang lain. Mengamalkan diet yang lebih mampan dari segi alam sekitar boleh mengurangkan risiko kematian dalam tempoh 30 tahun akan datang sebanyak seperempat, mengikut dapatan kajian.
Penemuan Penyelidik Menyokong Diet Mampan
Penyelidik telah menghasilkan skor diet baru untuk makanan yang mereka harapkan akan mendorong lebih ramai daripada kita untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik sambil membantu alam sekitar. Empat jenis makanan utama adalah:
1. Gandum Penuh
2. Buah-buahan
3. Sayur-sayuran Tidak Berpati
4. Kekacang
Makanan Yang Perlu Dielakkan
Di bahagian bawah senarai, terdapat makanan yang perlu dielakkan termasuk telur dan daging yang diproses. Makanan berasaskan tumbuhan berkait rapat dengan risiko yang lebih rendah terhadap penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser usus besar, diabetes, dan strok. Selain itu, ianya memberikan impak yang lebih kecil kepada alam sekitar dari segi penggunaan air, penggunaan tanah, pencemaran nutrien, dan pelepasan gas rumah hijau.
Baca lagi | 3 Risiko Diet Vegan Mentah kepada Kesihatan Anda
Skor Diet Kesihatan Planet (PHDI) dan Kaitannya Dengan Kualiti Hidup
Pasukan dari Jabatan Pemakanan di Harvard TH Chan School of Public Health di Amerika Syarikat berharap bahawa indeks Diet Kesihatan Planet (PHDI) mereka boleh diterapkan dalam semua budaya makanan. Mereka juga bertujuan untuk mencipta alat yang mudah untuk para pembuat dasar dan pengamal kesihatan awam guna mengembangkan strategi untuk meningkatkan kesihatan awam dan menangani krisis iklim.
Dr. Linh Bui akan mempersembahkan diet ini di NUTRITION 2023, mesyuarat tahunan utama Persatuan Masyarakat Pemakanan Amerika yang diadakan di Boston. Beliau turut mencadangkan skor diet baru yang lebih baik ini iaitu penggabungkan bukti saintifik mengenai kesan makanan terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
“Keputusan ini mengesahkan hipotesis kami bahawa skor Diet Kesihatan Planet yang lebih tinggi berkait rapat dengan risiko kematian yang lebih rendah. Sebagai seorang millennial, saya sentiasa bimbang tentang cara untuk mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar.
Baca lagi | 8 Kebaikan Minyak Rosemary Pada Kesihatan Tubuh
Diet PHDI dan Pengurangan Risiko Kematian
Mereka yang mengamalkan PHDI dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit seperti kanser, penyakit jantung, penyakit pernafasan, dan penyakit neurodegeneratif. Mereka telah mencipta indeks ini berdasarkan manfaat pemakanan dan alam sekitar yang diketahui, kemudian menggunakannya pada data 100,000 peserta dalam dua kajian kohort besar yang dijalankan di Amerika Syarikat.
Set data tersebut merangkumi lebih daripada 47,000 kematian dalam tempoh pemantauan lebih tiga dekad dari tahun 1986-2018. Mereka mendapati bahawa mereka yang berada dalam lima peratus tertinggi untuk PHDI mempunyai risiko kematian yang lebih rendah sebanyak 25 peratus berbanding mereka yang berada dalam kuintil terendah.