Anda merancang untuk melancong ke Ipoh tetapi tidak tahu kedai makan yang terkenal di sana? Jangan risau! Anda telah sampai ke tempat yang tepat! Mari kita jelajahi 10 kedai makan yang terkenal di Ipoh.
Ipoh merupakan sebuah bandar yang sangat terkenal dengan keunikan yang terdapat pada reka bentuk bangunan dan tarikan pelancongan seperti Gua Kek Lok Tong dan juga Kellie’s Castle. Di sini juga terdapat banyak tempat makan yang lazat yang anda harus cuba apabila berada di Ipoh.
Senarai Kedai Makan Famous Di Ipoh
#1. Restoran New Hollywood
Restoran ini telah menjadi popular sejak zaman dahulu. Jika anda berada di Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi restoran ini. Restoran New Hollywood menyajikan pelbagai jenis makanan, terutamanya hidangan Cina, dan antara hidangan yang paling popular di sini adalah Chee Chong Fun! Anda pasti akan berjumpa dengan barisan orang yang beratur untuk mendapatkan hidangan ini. Harga makanan di restoran ini juga sangat berpatutan. Anda wajib mencuba makanan di sini.
Restoran New Hollywood ini terletak di Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, dan waktu operasi adalah pada setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.
#2. Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan @ Ipoh
Restoran ini adalah salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai untuk mencuba hidangan terkenal mereka, iaitu Nasi Ganja. Selain itu, apabila anda makan di sini, pinggan anda pasti akan dipenuhi dengan pelbagai jenis lauk-pauk kerana terlalu banyak pilihan yang sedap. Jika anda makan di sini, pasti kenyang seharian!
Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan @ Ipoh ini pula beralamat di alamat 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak. Ia mula beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari.
Baca lagi | 10 Tempat Menarik Di Terengganu Paling Terbaik
#3. Miker Food
Restoran Miker Food ini bukan sahaja menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan tetapi turut merangkumi pilihan makanan dari barat. Menu terkenal mereka adalah Tom Yam dan Pizza. Dengan sajian yang banyak dan harga yang berpatutan, pasti berbaloi jika anda datang ke sini. Restoran ini juga terletak bersebelahan dengan sungai Riverfront, mempunyai pemandangan yang cantik dan sangat sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Beralamat di Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak, restoran ini memulakan waktu operasi mereka pada setiap hari dari pukul 4 petang hingga 11 malam.
#4. Suhaimi Cafe
Banyak orang akan memesan Roti Benggali dengan kari ayam yang pekat apabila datang ke kafe ini. Minuman yang popular di sini ialah Kopi Vietnam yang pekat dan lazat. Kafe ini terkenal dengan hidangan sarapan pagi mereka.
Bagi anda yang ingin datang ke sini, boleh ikuti alamat ini iaitu 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Perak. Ia akan mula dari pukul 7.45pagi hingga 12 tengahari. Tutup pula pada hari selasa.
#5. Green Town Dimsum Café
Restoran ini menyajikan makanan Cina dan hidangan terkenal mereka ialah Dimsum! Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai jenis mee dan nasi. Antara hidangan Dimsum yang harus anda cuba dan menjadi pilihan ramai orang yang berkunjung di sini ialah Fried Prawn Dumplings serta Fried Radish Cake yang pasti sedap dan memikat hati! Restoran ini mempunyai sijil halal, jadi umat Islam tidak perlu risau untuk menikmati hidangan Cina di sini.
Resoran ini terletak di alamat 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak. Waktu operasi pula hari Rabu hingga Isnin (8 pagi – 9 malam) dan tutup pada hari Selasa.
#6. Ipoh Hainan Chicken Rice
Jika anda berhasrat untuk makan nasi ayam, datanglah ke Ipoh Hainan Chicken Rice. Keistimewaan Nasi Ayam Hainan di sini adalah ayam panggang yang manis dan juicy. Nasi ayam di sini sangat disukai oleh ramai orang kerana rasa yang asli dan lazat.
Kunjungi alamat 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak untuk rasai kelazatan makanan di sini. Ia akan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.
#7. Konda Kondi Cafe & Bistro
Jika anda ingin menikmati makanan barat pada tengah malam, inilah tempat yang sesuai. Antara hidangan yang patut anda cuba di sini ialah Beef Spaghetti, Chicken Chop, Brownies with Ice Cream, Nachos, dan banyak lagi. Harga yang berpatutan dan kualiti yang baik membuatkan tempat ini menjadi kegemaran orang ramai. Suasana kafe ini juga sesuai untuk orang muda yang ingin bersantai dengan rakan-rakan.
Alamatnya adalah Nombor 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak dan akan mula waktu operasi pada hari Rabu hingga Isnin (6 petang – 12 tengah malam) dan akan tutup pada hari Selasa.
#8. Moss Eatery @Jalan Besar, Tambun
Moss Eatery menyajikan makanan Melayu tempatan seperti Nasi Kukus dan Cucur Udang yang rangup dan lembut. Tempat ini juga sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga kerana kedainya yang cantik, estetik, dan luas.
Beralamat di NO.11 & NO.13 Jalan Besar Tambun, 31400 Ipoh, Perak, restoran ini akan mula waktu operasi pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 3 petang hingga 11 malam. Ia akan tutup pada hari Selasa.
Baca lagi | 10 Tempat Makan Best Di Melaka Paling Popular
#9. Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh, Perak
Gerai ini kelihatan seperti gerai biasa dari luaran, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa mereka menyajikan hidangan yang menjadi kegilaan ramai, iaitu nasi goreng udang. Hidangan ini tidak biasa kerana terdapat banyak udang dan rasanya yang sedap. Pasti berbaloi jika anda makan di sini.
Terletak di alamat 30100 Ipoh, Perak, Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh ini akan mula waktu operasi pada setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12.15 pagi.
#10. Restoran M. Salim
Restoran M. Salim yang telah beroperasi selama 50 tahun ini terkenal dengan hidangan kari kepala ikan yang pekat dan lazat. Selepas mencuba kari mereka, anda pasti akan terpikat dengan rasanya.
Bagi anda yang ingin datang ke sini, boleh ikut alamat berikut iaitu 75, Jalan Tokong, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak. Restoran M. Salim akan mula waktu operasi mereka pada hari Sabtu hingga Khamis dari pukul 6.30 pagi hingga 10 malam. Manakala untuk hari Jumaat, ia akan mula beroperasi pada pukul 6.30 pagi hingga 1 petang dan 2 petang hingga 10 malam.
Dengan senarai kedai makan famous di Ipoh ini, anda pasti tidak akan kehabisan pilihan makanan ketika bercuti di Ipoh. Cuba dan nikmati pelbagai hidangan yang sedap dan unik yang ditawarkan oleh kedai-kedai makan ini. Jangan lupa membawa selera makan yang baik dan bersedia untuk merasai pengalaman gastronomi yang tak terlupakan di Ipoh!