Kontrak 41 tahun Ibrahimovic dengan Milan akan tamat pada hujung Jun dan tidak akan diperbaharui selepas musim yang dipenuhi dengan kecederaan, yang mendorongnya untuk mengakhiri kerjaya yang luar biasa dan berjaya.
Tiada Siapa Tahu Mengenai Keputusan Bersara
Namun, Ibrahimovic kemudian mendedahkan dalam sidang akhbar bahawa tidak ada sesiapa yang tahu tentang pengumuman besar yang akan dibuatnya termasuklah ahli keluarga kerana dia mahu ketika pengumuman dibuat, semua orang mendengarnya pada masa yang sama.
Ibrahimovic mencipta 93 gol dalam 163 penampilan dalam dua penggal di Milan. Beliau kembali pada Januari 2020 dan membantu Milan memenangi gelaran Serie A tahun lalu – gelaran liga keduanya bersama Rossoneri.
Penyerang yang berjaya itu, yang mencapai 561 gol untuk kelab dan negara sepanjang kerjayanya, mengalirkan air mata di tepi padang ketika peminat Milan membentangkan sepanduk besar di satu hujung padang dengan tulisan “Godbye” dan menyanyikan namanya.
Ibrahimovic merapatkan kedua-dua tangannya dalam bentuk hati dan menghembuskan ciuman kepada para peminat.
Baca lagi | AC Milan memenangi kejuaraan Serie A pertama dalam 11 tahun
Penghormatan Diberikan Habis Perlawanan
Terdapat juga upacara istimewa yang dikhaskan untuknya selepas perlawanan itu, dengan pemain dan kakitangan Milan memberikan penghormatan kepada beliau ketika beliau keluar ke padang.
“Saya mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, tetapi tidak kepada anda,” katanya setelah diberi penghormatan oleh penonton San Siro menyusul kemenangan Milan 3-1 ke atas Hellas Verona dalam perlawanan penutup musim mereka.
Penyerang itu memulakan kerjayanya sebagai profesional di Malmo FF pada tahun 1999 dan berpindah ke Ajax Amsterdam pada tahun 2001 sebelum meneruskan kerjaya yang merangkumi kelab-kelab terkemuka Eropah termasuk Manchester United, Paris Saint-Germain, Inter Milan, dan Milan.
Ibrahimovic menghadapi cabaran dengan kecederaan dan hanya membuat empat penampilan musim ini untuk Milan, selepas menjalani pembedahan lutut tahun lalu.
Jelasnya lagi, dia mempunyai banyak kenangan dan emosi di dalam stadium ini terutama apabila kali pertama dia tiba, semua pihak memberikan kebahagiaan dan pada kali kedua memberikannya kasih sayang.
Zlatan juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga, para pemain, jurulatih dan kakitangan atas tanggungjawab, serta mengucapkan terima kasih kepada pengarah-pengarah atas peluang yang diberikan terutama sekali buat para peminat yang menyokongnya selama ini.
Baca lagi | Separuh Akhir Liga Juara Eropah, AC Milan dan Inter Milan akan bertembung di San Siro
Zlatan Merupakan Penjaring Gol Terbanyak
Ibrahimovic, pencetak gol terbanyak sepanjang masa Sweden dengan 62 gol dalam 121 perlawanan, meninggalkan pasukan kebangsaan selepas Euro 2016 tetapi kembali pada tahun 2021 untuk kempen kelayakan Piala Dunia yang tidak berjaya.
Beliau mencipta gol terbanyak dalam kerjayanya bersama PSG, dengan menjaringkan 156 gol dalam 180 perlawanan, sementara mencipta gol 53 kali dalam 55 perlawanan bersama LA Galaxy di MLS.
Ibrahimovic mengakhiri ucapannya dengan senyuman dan gaya khasnya. Dia berkata perkara ini terlalu sukar dan memerlukan banyak emosi tetapi tetap ingin mengucapkan bahawa, ‘Saya akan jumpa anda, jika anda bertuah’.”