Pada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini dijelaskan bahawa pengarang portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown akan menjalani perbicaraan adil di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Clare menghadapi saman fitnah selepas dituduh membuat kenyataan fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah melalui buku ‘The Sarawak Report – Kisah Sebenar Pendedahan 1MDB’.
Clare yang berasal dari United Kingdom telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran pada 23 September 2021 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali akan dikenakan di bawah seksyen ini jika sabit kesalahan.
Namun, dalam prosiding pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman menyatakan bahawa pengarang tersebut akan mendapat perbicaraan di Mahkamah Terengganu tanpa campur tangan istana.
Baca lagi | Komplot dengan Jho Low, Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah Atas Tuduhan Jenayah
Mahkamah Jamin Tidak Ada Campur Tangan Istana Terengganu
Menurutnya lagi, pembelaan yang dilakukan tidak menunjukkan bagaimana Mahkamah Rendah di Kuala Terengganu akan berlaku tidak adil jika kes tersebut didengar di sana dan sepanjang proses pendakwaan dijalankan, tidak ada campur tangan dari pihak Istana Terengganu.
Pihak Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Sultanah Nur Zahirah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak saman fitnah terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain berkaitan kenyataan fitnah pada 22 September ini.
Penetapan tarikh tersebut dibuat oleh mahkamah selepas sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Zuhrina Nor hari ini.
Turut hadir sama adalah peguam Haikaldin Mahyidin yang mewakili Clare manakala S. Manisha pula mewakili Sultanah Terengganu.
Semua pihak yang terlibat dalam kes ini juga turut diarahkan untuk memfailkan penghujahan bertulis pada 23 Ogos dan membalasnya sebelum 7 September ini.
Sultanah Nur Zahirah merayu keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @Mohd. Johan Lee pada 31 Oktober 2022 di mana dalam keputusan itu telah memutuskan bahawa Clare dan dua lagi tidak memfitnah baginda dalam buku ‘The Sarawak Report – Kisah Sebenar Pendedahan 1MDB’.
Baca lagi | Setiausaha IMDB berkata mengenali Jho Low sebelum memegang jawatan TIA yang terdahulu
Dua Lagi Individu Turut Dinamakan Defendan
Sultanah Nur Zahirah yang merupakan plaintif telah memfailkan saman fitnah tersebut pada 21 November 2018 yang lalu.
Malah selain Clare, pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd dan juga juga penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin turut dinamakan sebagai defendan.
Sultanah Nur Zahirah telah mendakwa dalam pernyataan tuntutan bahawa Clare membuat kenyataan memfitnah baginda dengan memberi gambaran baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu di mana ia telah memalukan baginda.
Dalam tuntutan itu juga, baginda menyatakan Clare telah memfitnah baginda menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan TIA yang kemudian bertukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).