Kecoh di media sosial apabila seorang personaliti media sosial yang sedang popular, Boss Kay atau pun nama sebenarnya, Khaireel Azlee Abd Aziz menceraikan Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia dengan talak dua melalui siaran langsung TikTok.
Namun, Boss Kay menafikan perkara tersebut dan dengan tegas menyatakan bahawa video tersebut merupakan video yang dihantar kepada Cik Pia menerusi aplikasi WhatsApp sahaja, untuk rujukan pihak bekas isterinya.
“Itu merupakan video peribadi yang disebarkan oleh pihak sana ( Cik Pia ). Video itu saya hantar WhatsApp untuk rujukan dia semata-mata. Bukan saya yang sebarkan, itu fitnah.”
Baca lagi | Polis Tegas Women’s March Malaysia Harus Disiasat
Perkara ini menjadi bertambah kecoh apabila netizen mulai berkongsi video tersebut di laman TikTok masing-masing dengan menyatakan ia adalah sebuah yang buruk untuk menceraikan isteri di siaran langsung media sosial dan dilihat oleh ramai orang.
Tular video 10 saat yang perih diterima Cik Pia
“Saya Khaireel Azlee bin Abd Aziz ceraikan Norsufia binti Johari dengan talak dua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat hari jadi”
Ungkapan cerai Boss Kay mendapat tomahan daripada pelbagai pihak dengan tuduhan menceraikan isteri secara ‘live’. Walaupun begitu, menurutnya, Boss Kay tidak terkesan dengan kecaman-kecaman netizen.
Dia juga berkata bahawa seandainya perkara yang disebarkan ini boleh memberi impak kepadanya, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berdepan fitnah timbul.
Gaya Boss Kay dalam video tersebut Ketika menceraikan isterinya juga turut dipertikaikan. Boss Kay yang terlihat ceria tanpa rasa bersalah melafazkan cerai itu telah membidas komen-komen netizen bahawa dia merasa dia sudah lebih positif berbanding pasangan-pasangan lain yang bercerai selepas bertumbuk dan bergaduh.
Cerai talak tiga
Mengulas video cerai tersebut dengan lebih lanjut, Boss Kay menceritakan bahawa dia sudah pernah menjatuhkan talak satu kali sebelum ini kepada Cik Pia.
Baca lagi | Michelle Yeoh Genggam Erat Trofi Oscar
Namun, Boss Kay menyatakan bahawa dia dan Cik Pia kedua-duanya gagal untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga mereka selepas dia rujuk kembali.
Kali kedua menceraikan Cik Pia, Boss Kay mengakui putus asa dan tidak mampu untuk menjernihkan kembalik hubungan suami isteri mereka.
Hubungan Boss Kay dan Cik Pia sememangnya sudah menjadi perbualan hangat netizen sejak Januari yang lalu semenjak dia menyatakan hasratnya untuk menceraikan Cik Pia kerana masalah mentalnya serta kekecohan yang viral apabila Boss Kay yang akhirnya mendaftarkan kelahiran anaknya selepas dikecam, tidak mahu mengazankan anak sendiri.