Vanessa Reynauld merupakan seorang penyanyi yang dikenali ramai kerana kekuatan vokal yang dimilikinya adalah amat luar biasa, apalagi jika berbicara tentang lagu genre balada bernada tinggi.
Vanessa berkongsi cerita bagaimana beliau mulai jatuh hati apabila mendengar melodi ‘Andai Itu Takdirnya’ yang dimainkan di studio sebelum rakaman dilakukan. Menurutnya lagi, karya tersebut benar-benar menyentuh hati dan menariknya lagi, karya tersebut mendapat sentuhan khas daripada penulis novel terkenal di Malaysia, Siti Rosmizah.
“Bait liriknya boleh menyentuh hati orang yang mendengar, saya juga suka elemen dan perit yang cuba disampaikan dalam naskhah lagu ini.”
Baca lagi | Pearly-Thinaah Langkah Kaki Kanan ke Separuh Akhir Terbuka Jerman
Lagu nyanyian Vanessa Reynauld ini merupakan lagu runut bagi drama terbaru yang juga menggunakan judul yang sama dengan lagu runutnya. Vanessa menyatakan bahawa beliau terus menerima tawaran untuk menjadi vokal utama lagu ini sebaik mendengar melodinya buat pertama kali.
Andai Itu Takdirnya ada kekuatan tersendiri
Menurutnya lagi, kekuatan lagu ini adalah menjadi bunyi runut rasmi bagi drama yang baru sahaja mula ditayangkan pada 6 Mac menggantikan drama Akira Khan. Merupakan adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 dan 2 karya Siti Rosmizah Semail, netizen memuji dan memberi respon yang baik terhadap ‘original sound track’ (OST) filem ini.
Baca lagi | Sawan Ketika Hamil, Tangan Patah, Bahu Tercabut
“Kalau melihat kepada usaha (Vanessa), saya rasa Vanessa ada potensi untuk menjadi penyanyi top seterusnya. Harap bakat beliau dihargai dan diiktiraf”, komen seorang netizen ketika video rasmi bagi lagu Andai Itu Takdirnya mula ditayangkan pada minggu lepas.
Berkongsi mengenai pengalamannya bekerjasama dengan tiga ahli hebat dalam industri Malaysia, Vanessa amat selesa dan kagum dengan keistimewaan penulisan Siti Rosmizah. Kerjasamanya dengan Abang Ejai dan Kelana sangat mudah, tambahnya lagi ketika menceritakan tentang demo yang dinyanyikan oleh Abang Ejai dan Kelana yang turut merakam lagu bersamanya. Kelana dinyatakan banyak membantu Vanessa dalam penyesuaian melodi dan penyampaian.
Vanessa turut menyampaikan rasa bahagia dan seronok kerana proses rakaman studio berjalan dengan sangat lancar. Proses rakaman dikatakan hanya mengambil masa sekitar tiga ke empat jam sahaja.