The Malaysia Post

KPN berkata meningkatkan usaha untuk memburu pihak yang menawarkan Covid palsu sijil vaksinasi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperhebat operasi dan pemantauan dalam mengesan pihak yang terlibat dalam penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket seumpama itu juga wujud di negeri lain, bukan sahaja di Terengganu.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di negeri-negeri melalui pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Datuk Seri Abd Jalil Hassan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (Datuk Mohd Kamarudin Md Din) untuk menjalankan risikan kerja.

 “Ini bagi mengesan sama ada terdapat perkara serupa (penjualan sijil vaksin palsu) berlaku di tempat lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program pendidikan dan kemahiran awal kanak-kanak autisme di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penjualan sijil vaksin palsu di Marang, Terengganu.

Acryl Sani berkata setakat ini, polis hanya mengesan kes itu di Marang, Terengganu.

Siasatan polis Terengganu mendapati ia dilakukan suspek lelaki dan kita sedang mengesan jika berlaku di negeri lain, tambahnya.

Beliau berkata PDRM memandang serius kes itu kerana ia membantutkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“PDRM tidak mahu melihat usaha dan langkah kerajaan mencegah penularan Covid-19 terbantut kerana tindakan sesetengah pihak yang boleh menggugat imej negara,” katanya.

Baca Lagi | KPN berkata meningkatkan usaha untuk memburu pihak yang menawarkan Covid palsu sijil vaksinasi

 Isnin lalu, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa mengesahkan seorang doktor berusia 51 tahun ditahan di kliniknya dalam serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Terengganu susulan aduan orang ramai.

Baca Juga:  Zahid & Mat Sabu Ke Indonesia, Selesai Isu Nelayan Malaysia

Suspek direman tiga hari sejak Sabtu lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

About Siti Rahmah

44b9297fb46f02e63f3d8dbe6d605b65a04dee4c2ce59821f7deffbe56684c1d?s=90&d=mm&r=gSiti Rahmah ialah wartawan pendidikan dan kesihatan yang menulis tentang pembaharuan sekolah, program perubatan, serta inisiatif penjagaan kesihatan komuniti. Hasil penulisannya menumpukan kepada meningkatkan kesedaran tentang kesihatan awam dan pembangunan pendidikan di seluruh Malaysia.

Read Previous

Siti Nur Alia berkata tunduk kompetitif untuk pasukan berbasikal Sepanyol mungkin pada Mac

Read Next

Hadi mengesahkan bekas menteri Khairuddin keluar daripada jawatankuasa pusat PAS

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *