Majlis Tertinggi Umno menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur semalam untuk mengekalkan sabitan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini adalah pendirian majlis itu selepas ia mengadakan mesyuarat malam tadi, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Tiada penghinaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, tetapi mesyuarat berharap rayuan beliau (Najib) ke Mahkamah Persekutuan mendapat penghakiman yang adil, kerana ramai yang berpendapat ada pemimpin yang didakwa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana kepada alasan bermotifkan politik.
“Umno percaya sistem kehakiman negara mesti sentiasa menjunjung prinsip keadilan tertinggi,” kata kenyataan itu.
Semalam, Najib gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, di mana beliau memohon untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 yang mendapati beliau bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berkaitan SRC RM42 juta.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap enam pertuduhan (tiga pertuduhan setiap satu kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram), serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dengan tambahan penjara lima tahun jika denda tidak dibayar atas tuduhan penyalahgunaan jawatan.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa hukuman penjara Najib akan berjalan serentak atau pada masa yang sama, yang bermakna hukuman penjara maksimum 12 tahun untuk Najib.
Semalam, panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang kesilapan dalam keputusannya, dan mengekalkan sabitan, denda RM210 juta dan hukuman penjara ke atas Najib.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap enam pertuduhan (tiga pertuduhan setiap satu kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram), serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dengan tambahan penjara lima tahun jika denda tidak dibayar untuk pertuduhan penyalahgunaan jawatan.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa hukuman penjara Najib akan berjalan serentak atau pada masa yang sama, yang bermakna hukuman penjara maksimum 12 tahun untuk Najib.
Najib telah memfailkan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan.