The Malaysia Post

7,500 anggota ATM turun padang untuk pertingkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan

Kira-kita 3 juta rakyat Malaysia mewakili 10 peratus dari jumlah rakyat di negara ini dikesan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sehingga 31 Mac 2020.

Hal ini didedahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kenyataan media bertarikh 23 Mac 2020 yang melihat angka berkenaan sebagai jumlah yang besar dan perlu dibendung.

Capture1

Berdasarkan kenyataan itu lagi, seramai 7,500 anggota ATM telah ditugaskan untuk membantu PDRM.  Anggota-anggota ATM dipecahkan ke 405 lokasi Sekatan Jalan Raya dan 272 lokasi rondaan MPV (Mobile Patrol Vehicle) di seluruh negara.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempertikaian sejauh mana peranan yang dibawa oleh ATM. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ATM ditugaskan untuk membantu PDRM dalam mengadakan rondaan, sekatan jalanraya, mengawal hospital dan sempadan, kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan awam yang berisiko tinggi.

“ATM juga bersetuju untuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ini diberi tumpuan lebih kepada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti lokasi pasar dan pasar raya. Sehingga kini, pengguna didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.”

ATM meminta supaya orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita tular melibatkan informasi gambar, video atau rakaman suara yang menunjukkan aturgerak ATM pada skala besar mahupun perlakuan tidak munasabah. Ini berikutan ia boleh mencetuskan kebimbangan serta panik berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Penglibatan ATM harus dilihat sebagai satu pendekatan serius kerajaan dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19. Pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah meminta supaya orang ramai duduk di rumah. Pada 20 Mac 2020 juga, Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga menitahkan perkara yang sama tetapi ada segelintir yang masih berdegil.

Baca Juga:  Muhyiddin jumpa PM, bincang jawatan TPM

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Komuniti percetakan 3D bantu cipta ‘face shield’ buat petugas barisan hadapan

Read Next

UAE ambil langkah maksimum kendalikan krisis pandemik COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *