The Malaysia Post

5 Tempat Makan Paling Sedap di Perak 2025, Wajib Cuba!

Kalau sebut pasal negeri Perak, mesti ramai teringat Ipoh dengan “white coffee”, nasi vanggey, dan pelbagai port makan legend. Tapi tahu tak, selain daripada itu, sebenarnya Perak ada banyak lagi tempat makan yang memang padu, rare, dan confirm buat tekak korang teringat-ingat.

Kali ni jom kita terjah Top 5 tempat makan paling sedap di Perak yang bukan saja popular, tapi juga jadi kegemaran ramai. Dari makanan kampung, hidangan unik dalam sungai, sampai ke dim sum halal yang susah nak jumpa, semua ada!

Jadual Tempat Makan Best di Perak 2025

Nama TempatKeterangan
Miker Signature – Ipoh             Menu famous: Tahu Bunga Chef Rathnor (tauhu crispy isi udang). Hidangan fish & chip besar, lobster padu, servis cepat <20 minit. Selesa, luas, parking percuma.
Castella Cafe – Grik               Suasana makan atas sungai, lauk kampung tradisi Ulu Grik. Signature: masak lemak ikan baung. Ada rakit, surau & bilik air. Tips: wajib booking awal. 
Roti Bakar Arang Fadzil House – Taiping Signature: roti bakar arang rangup luar, lembut dalam. Menu lain: nasi lemak, mee kari, bihun sup, cucur udang. Servis laju, parking luas & percuma.
Restoran M. Salim – Ipoh         Specialty: kari kepala ikan (cepat habis). Nasi beriyani kaw, ayam bawang moist, sotong sedap, sayur lengkap. Suasana cozy, staff friendly.
Canning Dim Sum – Ipoh     Dim sum halal terbaik di Malaysia. Menu pelbagai, freshly made, portion just nice. Tempat selesa, family-friendly. Harga berpatutan, rasa setanding non-halal. 

TOP 5 Tempat Makan Viral di Perak Yang Ramai Orang Recommend

#1. Miker Signature – Ipoh

Kalau datang Ipoh, tak singgah sini memang rugi! Antara menu paling famous ialah Appetizer Tahu Bunga Chef Rathnor. Bayangkan tauhu crispy, dalamnya penuh isi udang segar, rasa balance dan presentation memang cun.

Nak makan tengah hari? Kat sini tempatnya selesa, luas, bersih, dan parking pun percuma. Hidangan fish & chip portion besar, lobster pula memang padu. Lagi best, servis cepat — tak sampai 20 minit makanan sampai. Memang port “healing” yang santai dan berbaloi.

#2. Castella Cafe – Grik (Tempat Makan di Perak Paling Sedap)

Ini memang port rare! Bayangkan makan tengah sungai dengan bunyi deruan air, suasana tenang, sambil pekena lauk kampung tradisi Ulu Grik. Paling wajib cuba ialah masak lemak ikan baung yang fresh dan pekat rasa dia.

Lepas makan, boleh terus terjun sungai yang jernih. Kanak-kanak pun boleh mandi sebab air tak dalam (tapi kena ada orang dewasa pantau ya). Ada rakit untuk naik dan lengkap dengan surau serta bilik air. Cuma satu je tips penting: wajib booking dulu, sebab kalau datang main redah confirm kena tunggu lama.

#3. Roti Bakar Arang Fadzil House – Taiping

Nak cari port breakfast best di Taiping? Ini dia jawapan paling top! Kat sini signature dish dia semestinya roti bakar arang. Lembut di dalam, rangup di luar. Nak lagi syok, try dengan telur goyang dan sambal ikan bilis – confirm repeat order.

Selain roti bakar, ada juga nasi lemak, mee kari, bihun sup dan cucur udang. Walaupun kedai selalu penuh especially hujung minggu, servis tetap laju. Parking luas dan percuma pula tu. Kedai ni memang selalu jadi jawapan bila orang tanya, “Kat Taiping, breakfast best mana?”.

#4. Restoran M. Salim – Ipoh (Tempat Makan Paling Popular di Perak)

Kalau sebut Ipoh, nama Restoran M. Salim memang antara yang wajib dicuba. Specialty dia sudah tentu kari kepala ikan. Tapi kena cepat order sebab selalu cepat habis.

Selain itu, nasi beriyani dia memang kaw, dengan rasa buttery yang tak terlalu berat pada rempah. Ayam bawang moist, sotong (walaupun sikit liat) tetap sedap, dan sayur dia melengkapkan hidangan. Suasana kedai cozy dengan pokok bougainvillae besar, staff pun friendly. Pendek kata, makanan kat sini confirm buat korang nak datang lagi.

#5. Canning Dim Sum – Ipoh (Tempat makan viral di Perak)

Kalau selalu teringin nak makan dim sum halal, inilah tempatnya! Canning Dim Sum memang terkenal sebagai antara dim sum halal terbaik di Malaysia. Menu pelbagai, portion just nice, semuanya freshly made.

Tempatnya selesa, bersih, sesuai untuk breakfast atau lunch dengan family. Harga pula berpatutan dan rasa memang tak kalah dengan dim sum non-halal. Kalau korang suka explore makanan baru, wajib cuba kat sini. Confirm puas hati!

Jom Jalan-Jalan Cari Makan ke 5 Tempat Makan Viral di Perak Paling Best Tahun 2025

Perak memang kaya dengan pilihan makanan yang padu – daripada masakan tradisi kampung, port breakfast penuh nostalgia, sampai ke hidangan moden dan unik. Sama ada korang orang Perak sendiri atau pelancong yang datang bercuti, lima tempat makan ni memang kena masuk dalam bucket list.

Soalan Lazim Tempat Makan di Perak 2025

#1. Apakah tempat makan yang paling terkenal di Ipoh?

Antara yang paling terkenal ialah Miker Signature, Restoran M. Salim dan Canning Dim Sum.

#2. Apa yang menarik di Castella Cafe Grik?

Kat sini unik sebab boleh makan dalam sungai sambil nikmati lauk kampung tradisi.

#3. Di mana nak cari sarapan pagi best di Taiping?

Roti Bakar Arang Fadzil House memang legend untuk breakfast, especially roti bakar arang dia.

#4. Adakah Canning Dim Sum sesuai untuk Muslim?

Ya, ia adalah restoran dim sum halal yang sangat popular di Ipoh.

#5. Apa hidangan wajib cuba di Restoran M. Salim Ipoh?

Kari kepala ikan adalah menu paling terkenal dan wajib cuba kalau singgah sini.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

5 Artis Malaysia Paling Kaya 2025, Aset Cecah RM1 Bilion!

Read Next

6 Helmet Motosikal Paling Popular 2025 di Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *