12 buah rumah musnah dalam kebakaran di Semporna

Kira-kira 12 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Inabah Kamal di Semporna, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 8.02 malam menerusi talian MERS 999 daripada orang awam. 

Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rary Binjie berkata lima jentera dengan 31 anggota ditugaskan ke tempat kejadian.

Bantuan turut digerakkan dari BBP Kunak serta BBP Tawau untuk memadamkan api dalam kawasan seluas dua ekar.

“Operasi memadamkan kebakaran menggunakan tiga aliran dan sumber air diperolehi daripada pili bomba dan air terbuka berhampiran lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di Semporna hari ini.

Menurut Rary, di peringkat awal operasi, pihaknya menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran akibat tekanan air rendah di pili bomba serta kedudukan rumah begitu rapat antara satu sama lain.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.11 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.53 malam.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kes kebakaran itu. Manakala, punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

LTTE: Lebih 60,000 tandatangan mohon kerajaan lepaskan tahanan

Read Next

Pintasan Saloma jadi mercu tanda baharu ibu kota

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.