The Malaysia Post

Yusri Che Lah Jurulatih Baharu Imigresen FC?

Nama Yusri Che Lah kembali menjadi sebutan dalam dunia bola sepak tempatan apabila timbul desas desus menyatakan bahawa beliau bakal dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi pasukan Imigresen FC untuk musim Liga Super 2025/2026.

Menurut laporan wartawan sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, bekas pengendali Perak FC ini difahamkan sedang dalam perbincangan akhir dengan pihak pengurusan Imigresen FC dan hampir pasti diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Pengalaman Yusri Che Lah Dalam Sukan Bola Sepak Bukan Calang-Calang

Bagi peminat bola sepak tempatan, nama Yusri Che Lah bukan lagi asing. Jurulatih berusia 49 tahun ini pernah membimbing beberapa kelab terkenal tanah air seperti Kelantan, Kuala Lumpur dan Perak FC. Figura bola sepak tersebut sangat dikenali dengan kepakarannya dalam mencorak permainan dan membawa masuk semangat juang tinggi ke dalam pasukan dan ia sememangnya diakui ramai pihak.

Malah, beliau dikenali sebagai jurulatih yang tidak mudah mengalah dan sentiasa memberikan peluang kepada pemain muda untuk menyerlah. Ini pastinya satu aset penting buat pasukan Imigresen FC yang baru saja dinaikkan ke Liga Super.

Imigresen FC: Pendatang Baharu Dengan Misi Besar di Liga Super Malaysia

Untuk makluman, Imigresen FC berjaya menamatkan kempen Liga Semi-Pro A1 MBSB Bank Championship 2024/2025 di tempat kedua. Kemenangan yang diperolehi ini melayakkan mereka ke pentas utama Liga Malaysia pada musim ini.

Mereka akan membuka kempen Liga Super dengan aksi menentang Kuala Lumpur City di laman sendiri dan kemudiannya berdepan cabaran Kelantan United FC dalam perlawanan kedua. Bagi sebuah pasukan yang baru naik liga, dua aksi awal ini cukup mencabar dan pastinya perlukan sentuhan seorang jurulatih berpengalaman seperti Yusri.

Baca juga:

Gabungan Berpotensi: Yusri Che Lah & Imigresen FC

Jika benar Yusri Che Lah sah akan mengemudi Imigresen FC, ini bakal menjadi detik permulaan yang menarik untuk kelab itu. Dengan gabungan pemain muda, semangat pendatang baharu, dan ketua jurulatih yang berpengalaman luas, ramai menjangka Imigresen mampu mencipta kejutan musim ini.

Peminat bola sepak tempatan pastinya ternanti-nanti pengumuman rasmi dan juga sejauh mana Yusri mampu membawa kelab ini ke satu tahap yang membanggakan. Yang pasti, Liga Super musim 2025/2026 bakal jadi lebih panas!

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Siapa Ketua Hakim Negara Baharu? PM Bakal Umum Lepas Perkenan Majlis Raja-Raja

Read Next

“Time Gersang Takde Tongkat!” – Netizen Sindir Peserta Program eHati Hadir Mahkamah Bertongkat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *